Selasa, 1 Mei 2018 | 3:25pm
PENGARAH Kreatif Amouage, Christopher Chong

Wangian bantu imbangi emosi individu

MINYAK wangi bukan sekadar membangkitkan semangat dan keceriaan, sebaliknya haruman semerbak membuatkan penampilan lebih berkeyakinan serta selesa.

Rutin lazim sama ada lelaki atau wanita, sebelum bersiap ke pejabat, keluar bersantai atau ke mana saja urusan, tidak lengkap jika tidak menyemburkan minyak wangi pada tubuh.

Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong, berkata penggunaan haruman ibarat pemilihan aksesori mampu mengubah penampilan individu.

Katanya, pemilihan haruman yang tepat mengikut personaliti membantu mengimbangi emosi sepanjang hari.

"Kandungan bahan semula jadi popular seperti ekstrak bunga-bungaan seperti mawar mampu memberi kesan haruman lebih memikat dan segar.

"Penggunaan sandalwood memberikan kesan haruman yang anggun dan bergaya yang lebih sesuai untuk lelaki berbanding wangian berasaskan bunga.

"Sekiranya anda seorang yang yakin, pilihan aroma berasaskan elemen dramatik sangat sesuai. Sekiranya sukakan gaya feminin haruman flora pasti menyerlahkan keyakinan.


PILIH haruman mengikut personaliti. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

"Jangan samakan cita rasa anda dengan individu lain. Ini kerana setiap kesan pemakaian haruman berbeza mengikut tubuh dan gaya hidup seseorang," katanya.

Jenama wangian mewah antarabangsa, Amouage, yang baru-baru ini memperkenalkan Beach Hut Man & Woman, umpamanya adalah haruman terbaharu dikenali Koleksi Mekar Malam, harus anda dimiliki kerana bauannya klasik dan tahan lama.

Beach Hut Man menceritakan keindahan, keharuman yang disulami dengan warna-warni bunga-bungaan termasuk bunga oren, galbanum dan daun pudina menjadikan penampilan jejaka lebih hebat.

Koleksi Beach Hut Woman dengan campuran kayu-kayan dan lislyang membentuk wangian imbasan yang sesuai untuk wanita.

Chong berkata, bagi memastikan wangian berkenaan lebih tahan lama, beliau memberi panduan seperti berikut:

Tip haruman kekal lebih lama:


TEKNIK semburan minyak wangi pada bahagian tertentu di tubuh supaya bau haruman tahan lebih lama. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

1. Elak makan pedas sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam

2. Elak sembur terlalu dekat pada kulit.

3. Sembur minyak wangi sebelum memakai baju

4. Calit minyak wangi pada nadi seperti tangan, belakang telinga dan leher

5. Jangan gosok minyak wangi selepas disembur

6. Semburkan pada rambut untuk tahan lebih lama.

7. Sebelum beli di kaunter semburkan haruman ke tubuh

8. Biarkan beberapa minit untuk melihat kesan wangian itu bertindak balas dengan tubuh dan kulit.

9. Biarkan haruman larut dengan keadaan sekeliling.


TEKNIK semburan minyak wangi pada bahagian tertentu di tubuh supaya bau haruman tahan lebih lama. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

480 dibaca
Berita Harian X