Khamis, 18 Januari 2018 | 6:41am
Herbaline sedia rawatan mesra pelanggan.
Ruang spa untuk rawatan diri di Herbaline.
Sesi perundingan di ruang rehat yang santai.

Spa bagaikan pusat peranginan

KUALA LUMPUR: Gaya hidup moden dan terdedah kepada pelbagai tekanan antara faktor penuaan kulit yang ketara sekiranya tiada rawatan sesuai untuk menyerlahkan kecantikan dalaman dan luaran.

Memandangkan tekanan dan kecantikan saling berkait, Pusat Kecantikan Herbaline menyediakan spa rawatan muka yang mengetengahkan konsep mesra pelanggan.

Justeru, Herbaline menumpukan rawatan muka yang
mengutamakan perkhidmatan secara menyeluruh bagi memastikan pelanggan berpuas hati dan selesa.

Bagi merangsang, menyerlahkan elemen kesejahteraan, kecantikan pada wajah yang turut dilengkapi persekitaran dan pengalaman berbeza serta nyaman sepanjang rawatan berkenaan.

Yang menarik, lokasi Herbaline seperti pusat peranginan yang diubah suai menjadi spa rawatan dengan menerapkan unsur zen, keharmonian, terapeutik begitu menyegarkan badan dan menceriakan pelanggan.

Sebelum memulakan rawatan, sesi perundingan di ruang rehat yang santai membawa anda ke dunia rawatan muka dengan sentuhan yang menyamankan

Sebaik sahaja memasuki ruang spa, pelanggan akan berjalan di atas batu kerikil dan bundar bagi memberikan keselesaan pada telapak kaki.

Tidak terhenti setakat di situ, rawatan akan dimulakan dengan spa kaki mengguna garam laut dalam suasana tenang, selain haruman aromaterapi serai menyegarkan, sebelum disudahi dengan dihidangkan minuman teh.

Rawatan spa kaki di kolam refleksologi yang dipenuhi ikan kecil diimport bagi membuang toksin pada jari serta telapak kaki menambahkan lagi keselesaan pelanggan.

Akhirnya sekali, pelanggan diberi rawatan mencuci muka menggunakan produk HerbaLine dirumus dengan aneka herba asli dan gabungan teknologi terkini tanpa penggunaan AHA serta pengelupasan kulit.

HerbaLine menawarkan lapan jenis rawatan muka profesional untuk semua jenis kulit, menggunakan kombinasi teknik urutan Timur dan Barat. Rawatan ini sesuai untuk kulit wanita Asia.

Rawatan terbaru, iaitu Ee Treatment yang disediakan di sini menggunakan ekstrak pokok gajus membantu menghapuskan kecelaan kulit seperti kutil, siringoma, sista minyak dan tempel kulit.

Harga rawatan bermula RM69 hingga RM149.

614 dibaca
Berita Harian X