Rabu, 20 Disember 2017 | 12:41pm
PENGARAH Urusan Big Pharma Asia, Corina Lee. - Foto Rohanis Shukri.

Sinar UV alat elektronik, kulit cepat tua

KUALA LUMPUR: Kekerapan penggunaan alat elektronik bukan saja mengundang masalah tertentu, tetapi turut memberi kesan pada penuaan kulit wajah dalam tempoh jangka masa panjang.

Kajian Journal of the American Academy of Dermatology menunjukkan sinaran UV dipantulkan menerusi alat elektronik boleh memberi kesan seperti bintik gelap, pigmentasi, warna kulit tidak sekata dan kusam.

Pengarah Urusan Big Pharma Asia, Corina Lee, berkata sama ada individu berwaspada atau tidak, kulit adalah organ yang sentiasa terdedah kepada sinaran UV tidak kira di kawasan tertutup atau terbuka.

Katanya, ramai wanita lebih waspada kepada cahaya matahari, namun dalam tidak sedar kecantikan pudar akibat lebih menghabiskan masa dengan penggunaan gajet masing-masing.

Katanya, produk rangkaian pencerahan Clinelle WhitenUp menggabungkan teknologi inovatif yang menggabungkan inspirasi kecantikan dan penyelesaian estetik untuk menghasilkan teknologi anti penuaan foto.

"Ia diperkaya dengan 10 kali perlindungan dan tiga kali kuasa pencerahan yang boleh menghindar kulit daripada bertukar menjadi gelap. Teknologi unik ini juga menggabungkan tiga bahan utama iaitu ekstrak beras ungu Jepun, vitamin C dan ekstrak bunga daisi.

"Clinelle juga menambah bahan tambahan iaitu bunga great mullein yang dapat membantu melindungi kulit dan pada masa mengubah sumber cahaya untuk kulit muda berseri.

"Produk ini tiada tujuh kandungan berbahaya iaitu pewangi dan pewarna tiruan, bahan komedogenik, minyak mineral, alkohol, lanolin dan paraben," katanya pada pelancaran rangkaian produk berkenaan.

Rangkaian WhitenUp ini terdiri daripada pencuci wajah, penyegar, serum, krim siang, pembetul cela dan krim malam.

Duta Chinelle, Shima Anuar, berkata sejak berbadan dua, banyak perubahan hormon berlaku dan secara tidak langsung turut membabitkan kulit wajahnya yang sensitif.

"Ditambah pada waktu malam sering melihat telefon dan sebagainya, ia turut memberi kesan. Tetapi dengan menggunakan produk Clinelle ini, kulit wajah semakin cerah, lembap dan sihat.

"Sebelum ini banyak juga produk penjagaan kulit dicuba, namun Clinelle ternyata berkesan kerana ia selamat dan tidak menggunakan bahan berbahaya," katanya.

714 dibaca
Berita Harian X