Khamis, 28 September 2017 | 11:57am
KETUA Latihan Larian bagi Larian Standard Chartered Singapura, Ben Pulham.
KOLEKSI kasut larian Under Armour.
ANTARA koleksi baharu Under Armour.
DARI kiri, Noh Salleh, Feroz Khan Bin Abdul Rashid, Ben Pulham, Mei Sim Hoon, Jeff Lau dan Peter Davis mengayakan koleksi kasut Under Armour.

Elak kecederaan ketika berlari

JOGING atau berlari antara aktiviti popular bagi individu yang mementingkan penjagaan kesihatan dan penampilan diri.

Bagaimanapun jika tidak dilakukan dengan betul dan bersesuaian mengikut keupayaan tubuh, aktiviti ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

Ketua Latihan Larian bagi Larian Standard Chartered Singapura, Ben Pulham, berkata kecederaan biasa berlaku apabila individu terbabit cuba berlari di luar keupayaan diri dan badan mereka terutama di peringkat awal memulakan larian.

"Berlari terlalu laju sebelum tubuh mampu mengendalikan keadaan itu menjadi punca utama mengapa ramai pelari mendapat kecederaan.

"Keadaan ini menyebabkan mereka meletakkan risiko tinggi berlari melebihi kadar kemampuan denyutan jantung menyebabkan pecutan larian juga akan semakin berkurangan," katanya pada Bengkel Larian Media bersama Under Armour, baru-baru ini.

Bagi mengelak keadaan itu, Ben berkata, setiap pelari sepatutnya berlari dalam sekitar kadar denyutan jantung mereka dan tidak melebihi daripada keupayaan berkenaan.

Teknologi terkini, kasut Under Armour, koleksi Bandit direka khusus untuk larian dan mampu menyerap impak larian serta mengembalikan tenaga dalam larian sekali gus memberikan keselesaan kepada si pemakai.

572 dibaca
Berita Harian X