Khamis, 28 September 2017 | 11:26am
PENGASAS Prestige Medispa Dr. Kauthar Ismail (kanan) dan Dr Nur Athirah Md Nor bersama model selepas solekan muka di Gombak. - Foto Mahzir Mat Isa

Rawatan untuk bakal pengantin

MENJADI kelaziman, bakal mempelai mahu tampil jelita dan berseri pada hari persandingan.

Bagi yang mahukan hasil keayuan yang cepat dan menampakkan hasilnya, boleh mencuba rawatan pengelupasan kulit atau microdermabrasion menggunakan mesin khusus, iaitu silkpeel membantu mengatasi masalah kulit.

Rawatan dalam tempoh empat minggu berupaya menaikkan seri wajah dengan menyasarkan pemulihan sel kulit mati.

Kemudian, susulan menaikkan seri wajah termasuk mencerahkan bahagian tertentu pada badan yang gelap.

Ia sangat sesuai untuk bakal pengantin yang mahu nampak hasil kejelitaan lebih cepat

Rawatan antara 60 hingga 90 minit itu disediakan di Prestige Medispa, Gombak turut membabitkan analisis kulit wajah dan vitamin C menggunakan produk daripada jenama diyakini dalam dunia kecantikan.

Langkah demi langkah:

  • Sebelum
  • Wajah dibersihkan bagi menyingkirkan noda dan kekotoran. Bersihkan.
  • Wajah dibersihkan sekali lagi secara mendalam menerusi pembersihan mendalam. Bersihkan.

  • Pupur panas disapu bertujuan menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan liang dan pori. Biarkan selama lima minit. Bersihkan.
  • Pupur sejuk disapu pula pada wajah bertujuan menenangkan kembali sel kulit wajah. Dalam proses ini, bebola ais digunakan supaya proses menenangkan itu lebih pantas berlaku. Ia juga bertujuan melancarkan pengaliran darah.
  • Selesai rawatan pelanggan akan dapati ia berupaya merawat masalah kulit wajah, mencerahkan serta memberikan seri pada bakal pengantin.

Pakej pengantin:

  • Empat kali rawatan seminggu sekali.
  • Minggu pertama : analisis wajah dan rawat kulit.
  • Minggu kedua: rawatan facial seri pengantin dan vitamin C.
  • Minggu ketiga : rawatan facial seri pengantin.
  • Minggu keempat : fire & ice facial.

251 dibaca
Berita Harian X