Khamis, 7 September 2017 | 12:38pm

Teknik hasilkan bunga tangan

BUNGA tangan antara keperluan bagi melengkapkan penampilan pengantin perempuan pada hari pernikahan.

Dipercayai bunga tangan dapat menghilangkan perasaan gemuruh atau gugup pada waktu pernikahan memandangkan tumpuan seluruh hadirin tertumpu pada pasangan mempelai.

Bunga tangan juga selalunya disesuaikan dengan tema perkahwinan yang dipilih selain perlu dipadan dengan busana raja sehari.

Pemilihan bunga tangan jenis berjurai memberi impak pada tubuh untuk kelihatan lebih ramping.

Bagi yang mahu mengabadikan perkahwinan bertemakan ala vintage atau rustic english, mereka boleh mencuba membuat sendiri.

Bahan diperlukan:

Lima hingga enam tangkai bunga (pilihan sendiri)

Beberapa tangkai daun

Jurai daun

Reben

Tali guni

Dawai halus

Pita pelekat

Gam

Gunting

Langkah demi langkah:


1. Susun bunga di bahagian tengah dan aturkan daun di bahagian tepinya.


2. Ikat semua tangkai bunga dan daun dengan dawai halus.


3. Ketatkan menggunakan pita pelekat untuk memastikan bunga dan daun dalam keadaan kemas.


4. Lilitkan keseluruhan tangkai hingga bahagian bawah dengan riben mengikut warna pilihan anda.


5. Gamkan tali guni pada sebahagian tangkai berkenaan.


6. Akhir sekali ikatkan jurai daun menggunakan dawai halus.


7. Bunga tangan jurai sesuai untuk majlis bertemakan 'perkahwinan dalam taman'.

188 dibaca
Berita Harian X