Rabu, 9 Mei 2018 | 9:06am
PENGASAS Kapas-Kapas Ventures Sdn Bhd, Zainab Mohd Yatim menunjukkan stoking kesihatan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

'Saya bukan selebriti, tapi....'

KUALA LUMPUR: "Jualan 1,000 pasang stoking dalam tempoh tak sampai sebulan di Facebook dan Instagram benar-benar mengejutkan saya.

"Tanpa pengalaman, ilmu mendalam mengenai perniagaan dan saya bukan selebriti tapi boleh jual sebanyak itu. Ini menjadikan saya nekad menceburi perniagaan dalam talian," katanya.

Itulah perkongsian awal, Pengarah Urusan Kapas Kapas Venture Sdn Bhd (Kapas Kapas), Zainab Mohd Yatim mengenai pembabitan seriusnya dalam perniagaan selepas berhenti kerja daripada sebuah syarikat perbankan ternama, tahun lalu.

Kini beliau menjadi pembekal barangan kesihatan dan gaya hidup, khususnya stoking kesihatan bagi membantu mengurangkan masalah lenguh kaki, bengkak dan kebas sejak tahun lalu.

Stoking jenama Kapas Kapas dibuat dengan rekaan gegelung kaki yang tidak mencengkam kulit, selesa dipakai ketika tidur selain membantu penghidap diabetes menjaga kaki lebih sempurna dan mengelak terluka.

Bagi memenuhi kesempurnaan hidup dan melancarkan tugas seharian kita perlu sihat, cergas dan cerdas dari segi mental serta fizikal.


STOKING untuk kencing manis keluaran Kapas Kapas Ventures Sdn Bhd. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

"Saya memilih memasarkan stoking kesihatan kerana produk ini kurang persaingan berbanding produk lain, sedangkan permintaannya begitu luas.

"Tanpa diduga 1,000 pasang stoking habis dijual dalam tempoh sebulan dan jenama Kapas Kapas juga sudah memasuki pasaran Brunei, selain dipasarkan di sebuah perniagaan di Johor Baharu.

"Saya yakin dengan perubahan gaya hidup dan peningkatan kesedaran pengguna terhadap penjagaan kesihatan dengan pendekatan yang lebih mesra alam, ia memberi tempias yang amat positif terhadap produk ini," katanya.

Zainab berkata, Kapas Kapas didatangkan dalam tiga warna, iaitu hitam, coklat dan kelabu. Material produk agak tebal, namun mengutamakan penggunaan kualiti kapas premium lembut supaya kaki rasa rimas, berpeluh atau berbau.

"Kami menyasarkan lebih stokis dan ejen di seluruh negara menjelang akhir tahun ini," katanya yang meneroka pasaran ke Indonesia dan Australia.

Justeru, beliau mengalu-alukan mereka yang berminat memulakan perniagaan menyertainya sebagai stokis, pengedar, ejen atau "dropship.


ZAINAB memberi penerangan kepada selebriti, Ropie Hussin yang singgah di gerainya ketika mengadakan promosi mengenai stoking Kapas Kapas di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Katanya, maklumat lanjut layari facebook Kapas Kapas official atau instagram kapaskapas_official atau hubungi 0192219948 atau 0163516263 atau 0195123345 (Amy).

"Saya mahu lebih ramai wanita mengambil peluang menyertai perniagaan ini. Saya mula menjual stoking diperbuat daripada gentian kapas berkualiti tinggi ini sejak Januari lalu.

"Hakikatnya, perniagaan dalam talian memberi peluang kepada usahawan, khususnya wanita menjalankan operasi 24 jam, pada setiap hari dengan risiko rendah," katanya.

Perniagaan dalam talian lebih mudah kerana tidak perlu sewa premis perniagaan, peralatan, kakitangan dan kelengkapan lain.

1300 dibaca
Berita Harian X