Isnin, 1 Oktober 2018 | 5:43pm
NESCAFE menganjurkan kempen Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan Nescafe.
NESCAFE menganjurkan kempen Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan Nescafe.

Hari Kopi Sedunia, nikmati minuman secara sihat

SEMPENA Hari Kopi Sedunia yang disambut hari ini, pelbagai pihak meraikannya dengan pelbagai program bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengambil minuman berkenaan secara sihat.

Menyokong usaha itu, jenama kopi terkemuka Nescafe mengambil inisiatif menganjurkan kempen Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan Nescafe.

Syarikat minuman kopi terbesar itu turut meraikan ulang tahunnya penubuhannya ke-80 di negara ini, mengambil inisiatif memulakan kempen dengan siri jelajah ke seluruh negara.

Pegawai Eksekutif Perniagaannya, Othman Chraibi, berkata kempen itu bermatlamat untuk merayakan dan memperingati saat indah sejak mula dicipta di Switzerland.

Beliau berkata, pihaknya berusaha membina jenama kopi terbaik dunia, terutama di Malaysia. Pengeluar berbangga dengan hakikat bahawa selama 80 tahun, Nescafe sentiasa mencipta inovasi menghidangkan secawan kopi terbaik kepada semua dalam cara yang paling digemari mereka.

“Kami mempelopori pengalaman minuman kopi yang inovatif sejak tahun 1938, apabila Nestle ditugaskan mencari kaedah memproses biji kopi yang tidak tahan lama di Brazil.

“Setelah menjalankan penyelidikan dengan penuh dedikasi, Nestle membuat serbuk yang dapat mengekalkan perisa kopi. Kini, jenama ini terus komited menawarkan saat dan pengalaman indah minum kopi setiap hari.

“Sempena jelajah pada kempen ini pelbagai aktiviti menyeronokkan dianjurkan antaranya dalam permainan seperti Cabaran Puisi Laju; Putar & Menang dan tawaran cabutan bertuah untuk pengunjung,” katanya.

Info Jelajah:

1. Queensbay Mall, Pulau Pinang 4 hingga 7 Oktober

2. Tebrau City, Johor Bahru 25 hingga 28 Oktober

244 dibaca
Berita Harian X