Isnin, 17 September 2018 | 9:31am
MRC Kids Bukit Jalil menggunakan Medklinn Pensteril Udara dan Permukaan di dalam kelas. - NSTP/Rosela Ismail

Steril udara Medklinn cegah punca penyakit

MENCEGAH lebih baik daripada mengubati. Pepatah itu sering kedengaran tetapi sejauh mana kita memahaminya? Selain daripada gaya hidup sihat, banyak perkara perlu diambil kira dalam penjagaan kesihatan, terutama kanak-kanak.

Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, kerap terpampang di media mengenai penularan virus seperti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan rotavirus terhadap kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun.

Pada usia semuda itu, kanak-kanak kurang faham maksud penjagaan kebersihan diri dengan baik lebih-lebih lagi seharian masa mereka dihabiskan di prasekolah atau pusat jagaan harian.

Disebabkan penularan yang sering kali berlaku, ibu bapa disaran untuk mencegah penyakit berjangkit ini melalui pelbagai cara seperti galakan dan pengawasan terhadap penjagaan kebersihan diri penting bagi memastikan kanak-kanak biasa dengan semua aktiviti yang didedahkan kepada mereka.

Di TADIKA atau pusat jagaan harian pula, langkah lain yang boleh diambil ialah dengan menjaga kebersihan persekitaran, terutama udara keliling dan permukaan.

Bagaimanapun, ia belum mencukupi kerana kebiasaannya penyakit berjangkit akan berulang sekiranya berada di kawasan tertutup.

Jaga kesihatan

Medklinn International Sdn Bhd (Medklinn) kini menawarkan perkhidmatan kawalan udara dan permukaan melalui Pensteril Udara dan Permukaan yang berpotensi membebaskan persekitaran daripada bau busuk, masalah resdung, jerebu, termasuk jangkitan bersilang seperti HFMD dan rotavirus.

Produk ini berfungsi sebagai penjagaan kesihatan dengan memastikan persekitaran dalam premis dan kediaman lebih bersih dan sihat.

Teknologi Cerafusion™, Medklinn menghasilkan oksigen aktif, iaitu pensteril alam semula jadi yang paling berkuasa, membunuh sehingga 99 peratus bakteria, virus, allergen, kulat dan bahan pencemar lain dari udara dan permukaan dalam persekitaran dalaman.

Ia hanya menggunakan Cerafusion™ katrij yang perlu ditukar sekali setiap tahun dan berfungsi untuk menghasilkan oksigen aktif bagi membersihkan persekitaran supaya lebih menyegarkan. Keadaan ini dirasai sebaik melangkahkan kaki ke dalam premis.

MRC Kids Bukit Jalil (TADIKA Junior Minda Sinar) pernah berdepan dengan situasi di mana premis ditutup hampir seminggu selepas beberapa murid terkena jangkitan HFMD. Kini mereka menggunakan Pensteril Udara dan Permukaan sebagai pelindung kanak-kanak di situ.

Prinsipalnya, Joanne Wong, berkata kejadian pada Julai lalu mengajar beliau untuk lebih peka dengan persekitaran dan mendidik kanak-kanak di situ mengenai kebersihan diri.

Produk ini mudah dipasang di mana-mana serta saiz yang kecil boleh diletakkan di setiap sudut tanpa menghalang persekitaran kelas. Ia dijual pada harga RM569 (Asens+20), RM779 (Asens+40) dan RM1,099 (Asens+60).

Bagaimanapun katanya, kaedah itu belum cukup bagi mengawal jangkitan HFMD.

“Tadika tidak boleh tutup terlalu lama tetapi disebabkan penularan HFMD, kami terpaksa tutup untuk melakukan kerja pembersihan menyeluruh.

“Selain membersihkan semua peralatan di dalam tadika, saya perlu mencari jalan untuk mengawal jangkitan HFMD kerana ia mungkin saja boleh berulang,” katanya.

Produk ini mudah dipasang di mana-mana serta saiznya yang kecil boleh diletakkan di setiap sudut tanpa menghalang persekitaran kelas. Ia dijual pada harga RM569 (Asens+20), RM779 (Asens+40) dan RM1,099 (Asens+60).

INFO:
Lima cara oksigen aktif mensteril udara dan permukaan

  • Meruntuhkan dinding sel bakteria dan memusnahkan DNA & RNA virus
  • Mengoksida kompaun organik yang tidak menentu (VOC) seperti formadeheid, iaitu bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit barah
  • Membunuh alergen seperti alergen hama habuk
  • Membasmi bau seperti bau asap rokok, hapak dan haiwan peliharaan
  • Membasmi zarah bawaan udara seperti habuk, spora dan kulat
243 dibaca
Berita Harian X