Khamis, 13 September 2018 | 1:53pm
PERASMIAN banglo The Wedding Heritage dan pakej lengkap perkahwinan dan yang ke-3 di Jalan Lai Tet Loke, Off Jalan Semarak. - Foto Nik Hariff Hassan

Pasangan muda pilih majlis sederhana

KUALA LUMPUR: Pasangan muda hari ini lebih rasional dalam berbelanja ketika meraikan majlis perkahwinan mereka dengan beranggapan hari bahagia cukup sekadar diraikan secara sederhana.

Mereka lebih berhemah berbelanja dengan memberi keutamaan yang perlu, bagi mengelak pembaziran yang mana wang yang ada perlu dimanfaatkan bagi menampung kehidupan selepas berkahwin.

Menyedari pentingnya pengurusan berkesan, penyedia perkhidmatan pengurusan perkahwinan, The Weeding Heritage, Idayu Ideris, berkata pasangan kini lebih selesa menganjurkan majlis secara kecil-kecilan namun tetap meriah.

Majlis sesuai peruntukan

Katanya, bakal mempelai meminta pandangan mengenai majlis sesuai berdasarkan peruntukan, faktor kewangan antara sebab mereka memilih majlis sederhana namun matlamatnya sama menghimpunkan ahli keluarga dan sahabat handai.

“Anak muda kini lebih bijak berbelanja dan ini adalah sesuatu yang baik,” katanya yang menyediakan pakej rundingan perkahwinan bersama suaminya, Mohd Azim Ishuddin di Jalan Semarak di sini.


MUHAMMAD Azim Ishuddin bersama Idayu ideris merasmikan Perasmian banglo The Wedding Heritage dan pakej lengkap perkahwinan dan yang ke-3 di Jalan Lai Tet Loke, Off Jalan Semarak. - Foto Nik Hariff Hassan

Idayu berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan rundingan, termasuk lokasi penganjuran, pilihan menu sajian dan juga jumlah jemputan yang bakal hadir pada kos yang dipersetujui bersama.

“Perbincangan kami telus dengan perkhidmatan yang bakal ditawarkan.

“Ketelusan ini penting bagi mengelakkan berlaku penipuan seperti yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

1302 dibaca
Berita Harian X