Ahad, 4 March 2018 | 11:01am
ORANG ramai menyertai aktiviti senaman pada program kecergasan di Putrajaya, semalam. - Foto Zulfadhli Zulkifli
GMS anjur program kecergasan menerusi aktiviti senaman gabung pelbagai teknik. - Foto Zulfadhli Zulkifli
500 sahut cabaran gaya hidup sihat. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Senaman unik, kempen gaya hidup sihat

PUTRAJAYA: Lebih 500 individu menyertai program kecergasan bertemakan ceria 'Fit Concerto - Garcinia Maxx My Life' bertujuan menyahut cabaran meneruskan amalan gaya hidup sihat menggunakan teknik senaman kreatif.

Program tanggungjawab sosial korporat anjuran syarikat produk kesihatan, Grand Million Supremacy (GMS) itu menggabungkan pelbagai teknik senaman seperti aerobik, zumba dan senam seni selama dua jam tanpa henti memberi kepuasan kepada peserta.

Pengarah Urusan GMS, Datuk Ryzal Jamaludin, berkata aktiviti kecergasan menjadi keutamaan dalam membentuk masyarakat sihat selain teknik senaman berubah dari semasa ke semasa.

Katanya, saban tahun aktiviti senaman tidak dianggap pilihan bermusim sebaliknya pelbagai teknik diketengahkan mengikut kesesuaian berdasarkan kreativiti dan tempat.

"Fit Concerto bakal menjadi acara kecerdasan berskala besar secara tahunan dan kami mensasarkan penyertaan lebih 20,000 peserta sepanjang tahun ini dari seluruh negara.

Program ini juga mengetengahkan barisan jurulatih dari Kelab Kecergasan OneNation Fitness yang juga tenaga pengajar bertauliah dari Kementerian Belia dan Sukan," katanya selepas program yang berlangsung di sini.

Ryzal berkata, acara sukan itu mengajak masyarakat terus mengamalkan gaya hidup sihat menerusi teknik lebih santai dan menceriakan.

"Pelbagai program kecergasan bakal dianjurkan, semuanya mempamerkan kaedah senaman unik dan berbeza. Aktiviti ini juga memupuk hubungan baik antara peserta dan juga keluarga dengan memanfaatkan hujung minggu dengan aktiviti bermanfaat," katanya.

1041 dibaca
Berita Harian X