Rabu, 13 September 2017 | 12:03pm
AKSESORI butang baju lelaki batu Swarovski. - Foto Aziah Azmee

DIY kafling baju Melayu bertatah kristal Swarovski

KAFLING baju bukan saja aksesori atau pelengkap gaya lelaki tetapi kepelbagaiannya kini menyerlahkan penampilan mereka.

Mungkin bagi sesetengah lelaki, mereka tidak kisah dengan rekaan kancing di pasaran dan hanya memilih mengikut cita rasa masing-masing.

Kafling ini boleh dihasilkan sendiri atau Do It Your Self (DIY) mengikut kreativiti anda menggunakan permata kristal Swarovski.

Pemilik Juereen Collelction, Hairil Juriah Tajuddin, umpamanya, membuat sendiri aksesori yang dapat memberi kepuasan pelanggannya.

Beliau menggunakan permata kristal Swarovski untuk memberikan keunikan dan kelainan pada rekaan yang dihasilkannya.

Kafling baju ini mempunyai dwifungsi kerana selain boleh dijadikan kafling kemeja lelaki ia juga boleh dijadikan butang baju Melayu.

Berikut teknik langkah demi langkah membuat kancing:

Bahan-bahan:

  • Pengasing gelang (9 lubang)
  • Dokoh mini (bersaiz 16 mm)
  • Batu clover Swarovski
  • Tali tangsi berukuran 4 mm
  • Dua playar mata leper

Cara membuat:

1. Ambil pengasing gelang dan bahagian kepada tiga bahagian iaitu tapak, sisi kiri dan sisi kanan.

2. Pastikan kedudukan bahagian atas pengasing gelang itu boleh diletakkan batu Swarovski.

3. Potong tali tangsi sepanjang 30 sentimeter dan ikat pada batu Swarovksi dan lubang pengasing berkenaan. Ikat sehingga kuat.

4. Seterusnya menggunakan tali yang sama ikat dokoh pada bahagian tapak. Pastikan anda membuat ikatan berulang supaya ia benar-benar kuat.

5. Siap.


Sedia untuk dipakai.

360 dibaca
Berita Harian X