Khamis, 11 Oktober 2018 | 5:23pm
GAMBAR fail, aksi Goh Jin Wei ketika beraksi pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena Bukit Jalil, Januari lalu. - Foto Eizairi Shamsudin

Peluang Jin Wei bawa pulang pingat

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berada pada kedudukan terbaik untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Belia Buenos Aires 2018 apabila berjaya mara ke separuh akhir  selepas mengalahkan Vu Thi Anh Thu dari Vietnam, hari ini. 

Jin Wei yang juga juara remaja dunia 2015, berjaya mencatat kemenangan straight set 21-12, 21-9 seterusnya bakal berdepan pilihan utama dari Thailand, Chaiwan Phittayaporn di separuh akhir. 

Chaiwan sebelum itu tidak berdepan masalah menumpaskan pilihan ketujuh Vivien Sandorhazi dari Hungary, 21-9, 21-8. 

Dalam satu lagi pertembungan separuh akhir bakal menemukan Jaslyn Hooi dari Singapura menentang Wang Zhiyi dari China. 

Sejak diperkenalkan pada 2010, badminton pernah meraih satu pingat emas yang dikongsi bersama dalam acara beregu campuran, melalui Cheam June Wei yang berpasangan bersama Ng Tsz Yau dari Hong Kong.

673 dibaca
Berita Harian X