Isnin, 4 Jun 2018 | 11:21pm
Serena Williams dari Amerika Syarikat bercakap pada sidang akhbar selepas menarik diri daripada perlawanannya menentang Maria Sharapova di kejohanan tenis Terbuka Perancis di Roland Garros , Paris. - Foto EPA-EFE

Serena tarik diri, Sharapova terus kemaraan

PARIS: Serena Williams menarik diri daripada meneruskan cabaran padaTerbuka Perancis susulan kecederaan beberapa minit sebelum perlawanan pusingan keempat menentang seteru dan ikon Grand Slam, Maria Sharapova.

Pemain berusia 36 tahun berkata, dia mengalami kecederaan otot ketika meraih kemenangan di pusingan ketiga ke atas Julia Goerges.

Juara Grand Slam 23 kali itu berkata dia akan terus berada di sini untuk ujian imbasan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tempoh pulihnya.

"Malangnya saya berdepan beberapa isu dengan pec, otot pec dan otot pec, selain ia bertambah teruk apabila mengganggu servis saya. Sukar untuk beraksi apabila saya tidak boleh melakukan servis secara fizikal," katanya.

Dia tidak mampu menerangkan sama ada mampu cergas semula untuk Wimbledon yang dijadual berlangsung dalam tempoh empat minggu lagi.

"Saya kecewa," kata juara tiga kali Roland Garros itu yang menyertai Grand Slam pertamanya sejak menjuarai Terbuka Australia pada 2017.

Dia juga hanya menyertai kejohanan ketiganya tahun ini selepas melahirkan anak perempuan, Olympia pada September lalu.

"Saya meluangkan banyak masa dengan anak perempuan saya dan bersama keluarga pada masa ini. Jadi ia sangat sukar untuk berada dalam situasi sebegini."

Kejutan penarikan diri dilakukannya itu hadir hanya beberapa minit sebelum dia dijadual memasuki gelanggang Court Philippe Chatrier menentang Sharapova.

Williams tidak pernah tewas kepada pemain Russia itu sejak 2004, menang dalam 18 perlawanan sebelum ini.

KEPUTUSAN:

Simona Halep (ROM x1) mn Elise Mertens (BEL x16) 6-2, 6-1

Angelique Kerber (GER x12) mn Caroline Garcia (FRA x7) 6-2, 6-3

Maria Sharapova (RUS x28) mn Serena Williams (USA) - tarik diri

Daria Kasatkina (RUS x14) mn Caroline Wozniacki (DEN x2) 7-6 (7/5), 6-3

- AFP

918 dibaca
Berita Harian X