Ahad, 15 April 2018 | 1:00pm
DATUK Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat emas di Sukan Komanwel Gold Coast 2018. - Foto YAZIT RAZALI

PM ucap tahniah pada Chong Wei

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya memenangi pingat emas keenam negara pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, hari ini.

 

"@LeeChongWei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di #GC2018. #NegarakuKebanggaanku #TeamMAS #HebatkanNegaraku," kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, sebentar tadi.

 

Chong Wei menewaskan pemain ranking pertama dunia dari India dan pilihan pertama temasya, K Srikanth 19-21, 21-14, 21-14 untuk muncul juara acara perseorangan lelaki dalam perlawanan yang berlangsung selama 67 minit.

3025 dibaca
Berita Harian X