Sabtu, 12 Ogos 2017 | 9:29am
AKSI Roger Federer membalas pukulan pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut pada aksi suku akhir di Stadium Uniprix. - Foto AFP

Federer mara separuh akhir tenis Montreal Masters

MONTREAL: Bintang Switzerland, Roger Federer mengatasi Roberto Bautista Agut ketika dia semakin hampir untuk gelaran keenam musim ini menerusi kemenangan 6-4, 6-4 pada suku akhir tenis Montreal Masters.

Federer mencipta lima aces, hanya melakukan dua kesalahan servis dan menang 81 peratus daripada mata servis dalam saingan 68 minit di centre court. Dia mendominasi saingan di jaring - menang 21 atau 25 mata.

"Ia berbaloi bermain dengan agresif di Montreal, selain itu saya selesa di jaring. Jadi kenapa tidak menghabiskan sedikit masa di situ berbanding garisan belakang," kata Federer.

"Saya rasa saya melakukan tugas yang baik sekali lagi, walaupun agak sukar mengawal bola. Saya mendapat rentak dimahukan."

Federer mara ke separuh akhir ketika dia akan berdepan Robin Haase dari Belanda yang menewaskan Diego Schwartzman 4-6, 6-3, 6-3 pada perlawanan awal.

Bautista Agut bergelut dengan servis apabila ia tiga kali berjaya dipatahkan dan hanya menang 65 peratus daripada servis pertama.

"Hari ini saya tidak mendapat rentak permainan dan tidak merasai bola dengan baik," katanya.

"Roger bermain dengan sangat pantas dan dia tidak mahu bermain rali dengan saya, jadi dia melakukan pukulan yang bagus." - AFP

245 dibaca
Berita Harian X