Jumaat, 11 Ogos 2017 | 12:29pm
DENIS Shapovalov. - Foto Reuters

Pemain remaja singkir Nadal di Masters Montreal

MONTREAL: Pemain remaja Kanada, Denis Shapovalov mengejutkan pilihan utama Rafael Nadal untuk mara ke suku akhir Masters Montreal ATP, buat merosakkan peluang pemain Sepanyol itu untuk kembali menjadi pemain nombor satu dunia.

Pemain berusia 18 tahun itu, yang memerlukan wild card untuk ke kejohanan itu, meneruskan prestasi selaku `pembunuh' gergasi dalam kejohanan gelanggang keras dengan menewaskan Nadal dalam tiga set, 3-6, 6-4, 7-6 (7/4) sebentar tadi.

Nadal boleh kembali ke kedudukan nombor satu dunia jika menewaskan Shapovalov dan Chung Hyeon atau Adrian Mannarino esok. - AFP

1177 dibaca
Berita Harian X