Jumaat, 11 Ogos 2017 | 7:48am
ROGER Federer. - Foto EPA

Federer mara suku akhir Masters Montreal

MONTREAL: Roger Federer mengekalkan rentetan karier kemenangan ke atas David Ferrer untuk mara ke suku akhir Masters Montreal ATP selepas pertarungan tiga set menentang pemain veteran Sepanyol itu, sebentar tadi.

Federer, 36, tidak pernah tewas dalam 16 pertemuan dengan pemain berusia 35 tahun itu dengan kekalahan pertama pada 14 tahun lalu di kejohanan Vienna Indoor.

Ketika Ferrer berjaya menang set pembukaan buat menamatkan rentetan kemenangan 32 set Federer - pemain Switzerland itu meningkatkan permainan untuk menang 4-6, 6-4, 6-2.

Federer yang biasanya kurang melakukan kesilapan, gagal menampilkan permainan terbaik dan ketinggalan 4-1 pada set pertama.

Permainan terbaik Federer ditunjukkan pada perlawanan ketujuh apabila dia mengatasi tiga mata break pada kedudukan 0-40, seterusnya membenarkan Ferrer untuk bertahan pada kelebihan 5-2.

Federer bertahan 5-3 dan tampak akan bangkit dengan mematahkan servis Ferrer pada permainan seterusnya bagi menjadikan kedudukan 5-4.

Namun Federer bergelut sekali lagi ketika dia melakukan servis untuk menyamakan kedudukan sebelum ketinggalan.

Dia menyelamatkannya dengan servis sempurna tetapi Ferrer tidak melakukan kesilapan untuk menang set pembukaan 6-4. - AFP

400 dibaca
Berita Harian X