Rabu, 14 Februari 2018 | 8:49pm
KUARTET 4x100m lelaki raih gangsa menerusi Muhammad Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 39.91s di Kejohanan Olahraga Jemputan Sukan Asia ke-18, Jakarta, Indonesia. - Foto Ihsan Jurulatih

Skuad olahraga kutip 5 pingat

KUALA LUMPUR: Malaysia menutup hari terakhir Kejohanan Olahraga Jemputan Sukan Asia ke-18, Jakarta, Indonesia apabila mengutip dua pingat perak dan tiga gangsa, hari ini.

Dua pingat perak masing-masing diraih dalam acara lompat kijang lelaki menerusi Muhammad Hakimi Ismail dengan jarak 16.24 meter (m) serta atlet lompat tinggi wanita, Yap Sean Yee (1.78m).


ATLET lompat kijang lelaki, Muhammad Hakimi Ismail raih pingat perak dengan jarak lompatan 16.24 meter. - Foto Ihsan Jurulatih


ATLET lompat tinggi wanita, Yap Sean Yee turut raih perak. - Foto Ihsan Jurulatih

Gangsa pula diraih dalam acara 800m lelaki menerusi Asif Rahman Jiyaudeen (1:54.33s) dan kuartet 4x100m lelaki - Muhammad Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan (39.91s).

Nurfazira Jalaludin turut menjadi penyumbang gangsa acara baling tukul besi wanita dengan balingan sejauh 52.35m

Jurulatih olahraga negara, Mohd Poad Md Kassim menyifatkan semua pelari 4x100m memberikan saingan kepada lawan dan diharap catatan masa mereka dapat diperbaharui dalam kejohanan selepas ini.  

"Saya sudah menyaksikan video larian mereka dan mereka menunjukkan saingan yang sengit.

"Badrul Hisyam dilihat agak tidak menjadi kerana dia demam seminggu sebelum bertanding, tapi apapun saya harap catatan ini dapat diperbaiki kerana ini hanya kejohanan pertama," kata Mohd Poad yang memantau prestasi anak didiknya di Johor, ketika dihubungi, hari ini.

Untuk rekod, seramai 16 atlet negara menggalas cabaran negara pada kejohanan berkenaan yang bermula Ahad lalu.

_______________________________________

KEPUTUSAN:

- LOMPAT KIJANG LELAKI

Emas: Yaming Zhu (CHN), 16.79m

Perak: Muhammad Hakimi Ismail (MAS), 16.24m

Gangsa: Kamalraj Kanagaraj (IND), 15.73m

 

- LOMPAT TINGGI WANITA

Emas: Wang Yang (China), 1.85m

Perak: Yap Sean Yee (MAS), 1.78m

Gangsa: Nadia Anggraini (INA), 1.70m

 

- 800M LELAKI

Emas: Jinson Johnson (IND), 1:47.96

Perak: Raed Aljadni (Arab Saudi), 1:54.17

Gangsa: Asif Rahman Jiyaudeen (MAS), 1:54.33

 

- 4X100M LELAKI

Emas: Indonesia, 39.07s

Perak: Sri Lanka, 39.71s

Gangsa: Malaysia, 39.91s

 

- BALING TUKUL BESI WANITA

Emas: Na Luo (CHN), 72.11m

Perak: Sarita Romit Singh (IND), 61.75m

Gangsa: Nurfazira Jalaludin (MAS), 52.35m

 

698 dibaca
Berita Harian X