Isnin, 8 Oktober 2018 | 12:22pm
CHARLIE Whiting

GP Vietnam bakal jadi kenyataan 2020.

 

SUZUKA (Jepun): Rancangan untuk menganjurkan Grand Prix (GP) Vietnam pada tahun 2020 mungkin menjadi kenyataan, menurut Pengarah Perlumbaan Formula Satu, Charlie Whiting yang mengadakan lawatan ke tempat yang dicadangkan di Hanoi, minggu lalu.

Bercakap kepada pemberita di Grand Prix Jepun pada hujung minggu lalu, lokasi perlumbaan yang dicadangkan di jalan raya sudah dikenalpasti - di bahagian barat ibu negara itu dengan jarak 12 kilometer dari tengah bandar, biarpun kerja pembinaan masih belum dijalankan.

“Ia masih dalam peringkat rekaan,” katanya yang mengadakan lawatan ke Vietnam ketika tamatnya perlumbaan di GP Russia dan sebelum berlangsungnya GP Jepun.

“Setakat apa saya tahu, mereka merancang untuk grand prix 2020, yang sepatutnya tidak menjadi masalah berdasarkan pengalaman terdahulu.”

Pengurusan Formula Satu (F1) meluahkan minat untuk penganjuran perlumbaan di Vietnam, dengan Hanoi dilihat sebagai ‘bandar destinasi’ sukan yang dicari.

Perjanjian kontrak bagaimanapun masih belum disahkan dan banyak spekulasi yang timbul mengenai perjanjian itu. – Reuters

211 dibaca
Berita Harian X