Sabtu, 5 Ogos 2017 | 10:09pm
AKSI penunggang Yamaha, Kasma Daniel Kasmayudin ketika mengungguli sesi kelayakan CP150 Cub Prix di Jasin.

Kasma dominasi kelayakan CP150 Cub Prix di Jasin

KUALA LUMPUR: Penunggang Yamaha, Kasma Daniel Kasmayudin terus membuktikan kejaguhannya apabila mengungguli sesi kelayakan Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, di Bandar Jasin Bistari, Jasin, Melaka, hari ini.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terpantas 51.235 saat (s) mengatasi catatan rakan sepasukan, Abd Muhaimin Roslan yang melakukan 51.576s.

Selain Kasma dan Muhaimin, tiga lagi pelumba yang melengkapkan senarai lima pelumba terpantas turut di dominasi pelumba Yamaha iaitu Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) 51.631s, Md Ramdan Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 51.678s dan Md Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang), 51.716s.

"Saya gemarkan litar ini kerana permukaan yang sedikit licin memudahkan saya untuk mengendalikan jentera.

"Namun, pada masa sama ia agak berisiko kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan kemalangan.

"Keadaan cuaca yang panas juga membantu saya mencatat masa terpantas hari ini," kata Kasma yang turut beraksi dalam Kejuaraan Moto3 CEV Eropah itu.

Sementara itu, pendahulu CP115, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) meneruskan momentum apabila mencatat masa terpantas 52.155s, meninggalkan juara pusingan lima, Azroy Hakim Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) di petak kedua dengan masa 52.272s.

Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 52.986s.

Sementara itu, Md Faiz Zekri Sabri (TKKR Racing) berjaya mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan kategori Wira buat pertama kali selepas mencatat masa terbaik 53.817s untuk mendahului Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) yang mencatatkan 53.902s.

Pelumba pasukan persendirian, Md Izam Ikmal Izamli muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 54.032s.

Keputusan Sesi Kelayakan:

CP150 -

1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 51.235s

2. Abd Muhaimin Roslan (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 51.576s

3. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ 51.631s

4. Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 51.678s

5. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 51.716s

CP115 -

1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 52.155s

2. Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 52.272s

3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ 52.986s

4. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.073s

5. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 53.124s

WIRA -

1. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 53.817s

2. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 53.902s

3. Md Izam Ikmal Izamli (KUL) Persendirian 54.032s

4. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha - AfB Tech 54.160s

5. Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AfB Tech 54.208s

205 dibaca
Berita Harian X