Ahad, 16 Julai 2017 | 9:52pm

F1: Hamilton ungguli GP British


LEWIS Hamilton menjuarai Grand Prix British buat kali kelima. - Foto Reuters

SILVERSTONE (UNITED KINGDOM): Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix British buat kali kelima sebentar tadi selepas menang di litar Silverstone untuk kali keempat berturut-turut.

Pemandu British itu menamatkan perlumbaan di depan rakan sepasukan Mercedes Valterri Bottas dengan pemandu Ferrari Kimi Raikkonen di tempat ketiga.

Pendahulu kejuaraan Formula Satu, Sebastian Vettel dari Ferrari sekadar di tempat ketujuh selepas tayarnya pancit di akhir perlumbaan.

Kemenangan itu membolehkan Hamilton merapatkan jurang kepada hanya satu mata di belakang pemandu Jerman itu untuk kejuaraan pemandu.

AFP

328 dibaca
Berita Harian X