Khamis, 11 Oktober 2018 | 6:56pm
MALAYSIA berdepan Jepun dalam saingan hoki Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya, esok. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Misi selamat maruah

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan misi menyelamatkan maruah apabila berdepan Jepun dalam saingan hoki Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya, esok.

Bagi Jepun pula, mereka meletakkan sasaran tinggi bagi perlawanan itu untuk melayakkan diri ke pentas akhir.

Skuad kendalian Nor Saiful Zaini hanya mencatat satu keputusan seri menentang New Zealand daripada empat perlawanan sebelum ini dan akan berdepan Jepun pada aksi terakhir.

Bagaimanapun, Jepun terikat tujuh mata bersama Britain dan memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang mereka ke final.

India sudah mengesahkan slot di pentas akhir selepas mengumpul 12 mata dengan berbaki satu perlawanan berdepan Britain.

Sama ada menang, seri atau kalah berdepan Jepun, Malaysia tetap perlu bermain untuk perebutan tempat kelima dengan New Zealand. 

“Sudah pasti ia satu situasi yang sangat mengecewakan buat pemain saya, tapi mereka tetap menamatkan kejohanan ini dengan satu pendedahan antarabangsa dalam kumpulan ini,” kata Nor Saiful.

“Kami akan bermain untuk maruah dalam dua perlawanan berikutnya, dan saya menjangkakan Jepun akan mengeluarkan segala kekuatan yang mereka ada apabila berdepan kami.”

Bagi Saiful, masalah utama yang membelenggu pasukannya adalah hanya ‘melihat ke arah bola’.

“Mereka tampak kaku ketika detik-detik penting dan hanya ‘melihat ke arah bola’. Inilah punca kekalahan besar (5-1) kepada Britain.

“Kami akan fokus untuk memperbaiki kelemahan dari aspek itu kepada mereka untuk memastikan ia tidak berlaku apabila berdepan Jepun nanti.”

 

Jadual Esok

India mln Britain (4 ptg)

Malaysia mln Japan (6 ptg)

Australia mln New Zealand (8.30 malam)

358 dibaca
Berita Harian X