Khamis, 11 Oktober 2018 | 2:49pm

Rekod bersih Malaysia musnah

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara mengalami kekalahan pertama pada temasya Sukan Olimpik Belia apabila kecundang 4-2 kepada tuan rumah Argentina di Buenos Aires, pagi tadi.

Bagaimanapun, Malaysia sudah mengesahkan tiket ke suku akhir dengan berbaki satu perlawanan menentang Poland.

Facundo Sarto muncul pemusnah apabila melakar hatrik pada minit ketujuh, 14 dan 18 sekali gus memastikan Argentina terus kekal di persada kumpulan dengan kelebihan tiga mata ke atas Malaysia dengan satu lagi gol dihasilkan Facundo Zarate (m-10).

Dua gol skuad kendalian Wallace Tan pula dihasilkan oleh Noor Firdaus Rosdi pada minit keempat dan Arif Syafie Ishak (m-8).

914 dibaca
Berita Harian X