Rabu, 10 Oktober 2018 | 7:19pm
Geraint Thomas. - Foto EPA

Trofi TdF Thomas kena rembat

LONDON: Trofi Tour de France milik Geraint Thomas telah dicuri ketika dipamerkan dalam pameran Cycle Show, menurut Team Sky hari ini.

Sky mempamerkan semua tiga trofi Grand Tour milik mereka yang dimenangi Thomas dan rakan sepasukan dari Britain Chris Froome dalam beberapa kejohanan di negara itu di antara September tahun lalu dan sehingga Julai 2018.

Trofi itu dipinjamkan kepada pengeluar basikal Pinarello untuk pertunjukan basikal yang berlangsung di Birmingham sejak minggu lalu.

Sky berkata, trofi itu dicuri selepas ditinggalkan tanpa pengawasan ketika pertunjukan hampir berakhir dan insiden itu kini menjadi kes polis.

"Sangat mengecewakan ia berlaku,” kata Thomas. “Trofi itu adalah edisi terhad dan sangat bermakna kepada saya dan pasukan.”

"Diharapkan siapa yang mengambilnya dapat memulangkan semula. Trofi itu sangat penting dan menjadi memori hebat kepada kami, tiada siapa yang boleh mengambilnya,” katanya.

Pengarah Urusan Pinarello UK Richard Hemington berkata: “Kami benar-benar terkejut dan sedih. Kami mengambil tanggungjawab ini dan secara peribadi meminta maaf kepada Geraint. Kami harap trofi itu dipulangkan semula.” - REUTERS

94 dibaca
Berita Harian X