Sabtu, 13 Januari 2018 | 1:25pm
PEMAIN golf, Rory McIlroy akan menjual rumah besarnya di tepi pantai Florida dengan harga RM51 juta.

McIlroy jual rumah Florida RM51j

MIAMI: Pemenang empat kejuaraan utama, Rory McIlroy akan menjual rumah besar di tepi pantai Florida dengan harga AS$12.9 juta (RM51 juta), menurut Jelajah PGA Amerika Syarikat.

Rumah di Palm Beach Gardens yang bertentangan dengan rumah tepi pantai yang akan dibina di Old Gate Lane boleh didapati dengan harga tawar-menawar, menurut Zillow, yang menganggarkan hartanah dan rumah itu bernilai AS$13.375 juta (RM53 juta).

Pemain berusia 28 tahun dari Ireland Utara itu, yang kekurangan hanya gelaran Masters AS untuk melengkapkan Grand Slam karier, sudah membeli bekas rumah pemenang empat kejuaraan utama dari Afrika Selatan, Ernie Els di Bear's Club yang berdekatan.

Ia membolehkan McIlroy meninggalkan kediaman seluas 10,577 kaki persegi, yang menampilkan enam bilik tidur, sembilan bilik mandi dan satu green latihan putting. Ada satu bilik trofi di rumah itu, yang dibina pada 2010 dan dibeli oleh McIlroy pada 2013

Pembeli akan mendapat hadiah golf daripada McIlroy dengan mesin layan diri minuman soda diterimanya selepas memenangi Kejuaraan Jelajah 2016 diletakkan dalam satu bilik. - AFP

1213 dibaca
Berita Harian X