Sabtu, 9 September 2017 | 1:51am
CHONG Wei dan Nicol, masing-masing dianugerahkan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini. - Foto Owee Ah Chun

Chong Wei, Nicol ketuai atlet terima pingat

KUALA LUMPUR: Datuk Wira Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David adalah antara penerima darjah, kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini.

Chong Wei dan Nicol, masing-masing dianugerahkan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, juara keirin dunia, Azizulhasni Awang bersama pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Puzi pula menerima Kesatria Mangku Negara (KMN).

Turut menerima anugerah sama adalah jurulatih olahraga paralimpik negara, R Jaganathan.

Enam atlet lagi menerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN). Mereka adalah juara terjun dunia, Cheong Jun Hoong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (badminton) serta Siti Noor Radiah Ismail (paralimpik).

10867 dibaca
Berita Harian X