Sabtu, 13 Januari 2018 | 6:39am
PERJANJIAN mewah Lionel Messi bersama Barcelona itu mendedahkan sebahagian 'Kebocoran Bola Sepak' untuk menolak usaha Real mendapatkannya. - Foto AFP

Messi terima lebih RM500 juta setahun

PARIS: Lionel Messi, yang baru-baru ini menandatangani kontrak lumayan bersama Barcelona, boleh mengumpul 100 juta euro (RM485.23 juta) setiap tahun, menurut laporan dikeluarkan media Perancis, Mediapart.

Wartawan daripada Gabungan Penyiasatan Eropah (EIC) mendakwa sudah melihat perincian kontrak baharu ditandatangani Messi pada 25 November.

Menurut laporan, Messi dijamin sekitar 70 juta euro (RM339.66 juta) setahun menerusi gaji dan hak imej dengan lebih banyak boleh diperoleh daripada bonus 63.5 juta euro (RM308.12 juta) dan 70 juta euro (RM339.66 juta) 'bonus kesetiaan' untuk tempoh kontrak yang berlanjutan sehingga 2021.

Perjanjian mewah itu mendedahkan sebahagian 'Kebocoran Bola Sepak' untuk menolak usaha mendapatkan pemain Argentina itu oleh pencabar utama Real Madrid.

Kumpulan itu mendakwa pada Jun 2013, pertukaran emel antara peguam pemain itu, Inigo Juarez dan bapanya Jorge, menerangkan Real bersedia mengeluarkan 250 juta euro (RM1.213 bilion) klausa pelepasan yang dimahukan Messi. - AFP

2529 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »