Jumaat, 29 Disember 2017 | 7:01am
ERIK ten Hag lantik sebagai pengendali baharu Ajax Amsterdam semalam, susulan pemecatan Marcel Keizer.

Putera Mahkota pembimbing baharu Ajax

THE HAGUE, Belanda: Erik ten Hag, digelar `Putera Mahkota' bola sepak Belanda, dilantik sebagai pengendali baharu Ajax Amsterdam semalam, susulan pemecatan Marcel Keizer, umum kelab ikon itu.

"Ajax dan Utrecht (kelab Ten Hag sekarang) sudah mencapai persetujuan berkenaan perpindahan Erik ten Hag ke Ajax," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

"Ten Hag akan menandatangani kontrak untuk dua setengah tahun dan akan bermula pada 1 Januari."

Ten Hag, 47, mengendali Utrecht sejak Mei 2015, dilihat sebagai `Putera Mahkota' dalam kalangan pengendali bola sepak Belanda", kata akhbar harian popular De Telegraaf ketika mendedahkan perkara itu minggu lalu.

Keizer hanya memulakan tugasnya di Ajaz Jun lalu selepas perpindahan Peter Bosz ke Borussia Dortmund. Dia hanya sempat bertugas selama 174 hari dan mencatat deretan kekalahan mengejutkan bagi kelab gergasi Belanda itu.

Ajax bukan saja tidak layak melepasi pusingan awal Liga Juara-Juara mahupun Liga Europa, tetapi turut tersingkir daripada Piala Belanda minggu lalu - tewas menerusi penentuan penalti kepada FC Twente selepas seri 1-1.

Ajax kini di tangga kedua Liga Belanda, lima mata di belakang PSV Eindhoven. Penolong jurulatih Dennis Bergkamp turut dipecat.

Ten Hag bermain sebagai perancang Ajax dari tahun 1989 hingga 2002, dan dinobatkan jurulatih terbaik pada tahun 2016. Dia juga pernah menjadi penolong jurulatih di Bayern Munich.

- AFP

1789 dibaca
Berita Harian X