Rabu, 13 September 2017 | 12:19am
PEMAIN Liverpool, Sadio Mane kekal dengan penggantungan tiga perlawanan kerana kad merah diterimanya, Sabtu lalu. - Foto Reuters

Hukuman penggantungan Mane kekal

LONDON: Bintang Liverpool, Sadio Mane kekal dengan penggantungan tiga perlawanan kerana kad merah yang diterimanya ketika The Reds tewas 0-5 kepada Manchester City, Sabtu lalu.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengesahkan bahawa pihak suruhanjaya pendengaran bebas menolak tuntutan pemain itu dan penggantungan tetap kekal.

Pemain antarabangsa Senegal itu dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras ke kepala penjaga gol City, Ederson pada minit ke-37.


INSIDEN Sadio Mane (kanan) didapati melakukan terjahan keras ke kepala penjaga gol City, Ederson di Stadium Etihad, Sabtu lalu. - Foto Reuters

Dia akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Burnley, Sabtu ini, dan dua perlawanan di Leicester City, masing-masing dalam saingan liga dan Piala Liga.

Mane bagaimanapun boleh diturunkan bagi aksi Liga Juara-Juara berdepan Sevilla, Khamis ini.

Liverpool tidak membuat rayuan terhadap penggantungan itu tetapi berpendapat hukuman berkenaan terlalu berat.

Kejadian itu mendapat perhatian daripada pemerhati dan pengulas bola sepak dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata Mane tidak sepatutnya dibuang padang. - REUTERS

1994 dibaca
Berita Harian X