Sabtu, 9 September 2017 | 10:41pm
INSIDEN terjahan ke muka penjaga gol Manchester City, Ederson (kiri) menyebabkan Sadio Mane dilayangkan kad merah. - Foto EPA
PEMAIN Liverpool, Emre Can (kiri) mengasak pertahanan City, Benjamin Mendy pada aksi EPL di Stadium Etihad. - Foto AFP
GELAGAT penyerang City, Gabriel Jesus (tiga dari kiri) meraikan jaringan ketika menewaskan Liverpool di Stadium Etihad. - Foto AFP

City belasah Liverpool di Etihad

MANCHESTER: Manchester City membelasah Liverpool 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, sebentar tadi, yang menyaksikan pemain pelawat, Sadio Mane dibuang padang kerana terjahan ke muka penjaga gol, Ederson.

Ederson terpaksa diusung keluar dan digantikan dengan Claudio Bravo manakala penyerang skuad The Reds itu dilayangkan kad merah.

City ketika itu sedang mendahului 1-0 hasil jaringan Sergio Aguero dan dua gol, masing-masing dari Gabriel Jesus dan Leroy Sane melengkapkan kemenangan terbesar City ke atas Liverpool sejak Mac 1937.

Dengan anak buah Jurgen Klopp berjaya mengelak kekalahan di tangan enam pesaing teratas musim lalu, ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Jurgen Klopp kepada seterunya itu sejak ditewaskan Manchester United 1-0, Januari tahun lalu.


LEROY Sane (tengah) menjaringkan gol keempat Manchester City ketika menewaskan Liverpool di Stadium Etihad. - Foto EPA

Kekalahan itu juga menyaksikan Alex Oxlade-Chamberlain mengalami dua kekalahan berturut-turut dengan dua kelab berbeza selepas membuat penampilan pertamanya dengan Liverpool yang sebelum ini membelasah kelab lamanya, Arsenal 4-0.

City kendalian Pep Guardiola kini belum tewas dalam 12 perlawanan liga, deretan terbaik di bawah pengendali baharu itu manakala penyerang Argentina, Aguero muncul penjaring dari luar Eropah terbanyak dengan 124 gol. - AFP

2974 dibaca
Berita Harian X