Isnin, 17 Julai 2017 | 11:21am

Njie tinggalkan Spurs, sertai Marseille


CLINTON Njie. - Foto Reuters

LONDON: Tottenham Hotspur mengesahkan penyerangnya, Clinton Njie, akan berhijrah ke Olympique de Marseille secara tetap selepas menghabiskan musim lalu secara pinjaman di kelab Ligue 1 itu.

"Kami mencapai persetujuan dengan Marseille membabitkan Njie yang akan menyertai pasukan itu secara tetap," kata pasukan itu menerusi laman rasminya, semalam.

Njie beraksi dalam 23 perlawanan dan meledak empat gol buat pasukan Marseille pada musim lalu selepas bergelut untuk merebut tempat di Spurs susulan kecederaan lututnya yang serius pada Disember 2015.

Dia menyertai Tottenham daripada Olympique Lyonnais pada Ogos 2015 dengan nilai perpindahan 10 juta pound sterling (RM56 juta) seperti yang dilaporkan media British dan membuat 14 penampilan bersama pasukan itu.

Pemain berusia 23 tahun itu meledak enam gol dalam 15 penampilan bersama Cameroon tidak pernah beraksi dalam kesebelasan utama buat Spurs namun melakukan lapan penampilan selaku pemain gantian. - Reuters

Berita Harian X