Ahad, 6 Mei 2018 | 6:00am
Keratan akhbar BH pada 29 April 2018.

Pesawat khas bukan satu-satunya cara Dr M ke Pulau Langkawi

Tun Mahathir Mohamad sentiasa dapat menarik perhatian atas banyak sebab.

Baru-baru ini, beliau mendakwa pesawat sewa khas dinaikinya disabotaj, kononnya bagi menyebabkannya lewat sampai di Langkawi dan menjejaskan perancangan untuk proses pencalonan bagi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ia dakwaan yang mengejutkan!

Saya tidak mahu menulis secara terperinci mengenai dakwaan sabotaj terbabit, tapi ingin tahu mengapa Dr Mahathir tidak menggunakan pesawat komersial atau menaiki atau menyewa feri untuk ke Langkawi seperti orang biasa.

Langkawi bukanlah pulau terpencil di Lautan Pasifik yang hanya boleh dikunjungi oleh orang tertentu. Ada beberapa penerbangan komersial untuk pulau di Kedah itu yang juga boleh dikunjungi dengan pengangkutan lain.

Helah raih simpati

Kecenderungan Dr Mahathir menggunakan pesawat khas untuk sesuatu perjalanan tidak pernah berubah.

Tindakan membuat kecoh kononnya pesawat sewa khas dinaikinya disabotaj mungkin satu helah untuk meraih perhatian dan publisiti murahan dengan harapan dapat menarik simpati.

Kita juga tertanya-tanya sama ada ini adalah cubaan untuk menyembunyikan kelemahan pakatan pembangkang dalam menyusun jadual beliau sepanjang tempoh kempen PRU-14 ini atau sama ada Dr Mahathir bertindak sendirian.

Warga prihatinKuala Lumpur.

1214 dibaca
Berita Harian X