Isnin, 1 Oktober 2018 | 4:42pm
PENYELIDIK sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman. - Foto Mahzir Mat Isa

'Konsep bangsa Malaysia tenggelamkan sejarah Melayu'

KUALA LUMPUR: Penyatuan berdasarkan konsep bangsa Malaysia hanya akan mengakibatkan setiap kaum hilang identiti, sebaliknya penggunaan yang tepat ialah rakyat Malaysia.

Ini kerana setiap kaum di negara ini mempunyai sejarah tersendiri yang berusia ribuan tahun termasuk Melayu.

Penyelidik sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman, berkata bangsa Melayu misalnya akan menenggelamkan sejarah berusia ribuan tahun dalam ‘sekelip mata.’

“Meskipun ia kelihatan mudah, ia akan melenyapkan identiti setiap bangsa itu. Tidak wujud ‘bangsa Malaysia’ yang ada hanyalah ‘rakyat Malaysia.’

“Malah jika kita ke Amerika Syarikat (AS) misalnya, mereka tidak merujuk diri mereka sebagai ‘American race’ tetapi the American yang bermaksud rakyat,” katanya dalam Wacana Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda di sini, hari ini.

2910 dibaca
Berita Harian X