Ahad, 1 April 2018 | 8:03pm
PAMERAN itu bermula dengan cermin yang mungkin menjadi perkara paling asas dalam swafoto. - Foto AFP
TAIR Mamedov menggantung pelbagai peringatan di Muzium Selfies, di Glendale, California.
Tommy Honton

Muzium Los Angeles pamer seni berswafoto

LOS ANGELES: Swafoto atau selfie ada seninya tersendiri - ia bermula daripada sudut yang tepat, fokus dan paling utama senyum.

Bagi meraikan swafoto yang menjadi kecenderungan pengguna media sosial, Muzium Swafoto bakal dibuka oleh Tommy Honton dan Tair Mamedov di sini.

Muzium Swafoto itu disifatkan sebagai pameran yang menjelajah sejarah dan fenomena budaya mengambil gambar sendiri.

Justeru, pengunjung seharusnya tidak harus melepaskan peluang berswafoto termasuk di bahagian pameran yang menyerupai puncak bangunan tertinggi di Los Angeles.

Disebabkan ia adalah muzium swafoto, pengunjung diwajibkan untuk berswafoto namun bagai perancang majlis, Lori Nguyen, 45 berkata beliau tidak kerap berswafoto kerana sudah terlalu tua untuk itu.

Honton berkata, pameran itu bermula dengan cermin yang mungkin menjadi perkara paling asas dalam swafoto tetapi Honton menganggap konsepnya lebih dalam daripada hanya mengambil gambar dengan mudah.

"Swafoto sebenarnya mempunyai sejarah sendiri dan hampir seusia dengan perkembangan seni halus.

"Artis seperti Rembrandt menghasilkan ratusan potret diri begitu juga Albrecht Durer dan Van Gogh. Jadi apa beza potret diri dan swafoto?" katanya.

Honton berkata, apa yang mungkin berbeza ialah teknik dan skala medium swafoto itu tetapi jika telefon bimbit sudah wujud sejak dulu, semua orang akan berswafoto.

Muzium Swafoto yang dibuka Honton bukan yang pertama kerana ia sudah terlebih dulu dibuka di Filipina pada 2015.

Swafoto sebenarnya tabiat yang lebih cenderung dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Di Soa Paulo, 65.4 peratus swafoto diambil oleh wanita, manakala 61.6 peratus di New York dan wanita Russia lebih ekstrem berswafoto, iaitu 82 peratus. - AFP

103 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »