Rabu, 25 November 2015 | 9:20pm

Putin dakwa pemimpin politik Turki galak Islamisasi


PRESIDEN Russia, Vladimir Putin. - Foto AP

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin berkata hari ini, pemimpin politik Turki menggalakkan Islamisasi masyarakat Turki, sesuatu yang disifatkan beliau sebagai masalah, menurut agensi berita Russia yang memetik beliau sebagai berkata.

Bercakap sehari selepas Turki menembak jatuh sebuah jet milik Moscow, Putin berkata "Masalahnya bukanlah tragedi yang kita saksikan semalam. Masalah sebenarnya jauh lebih parah lagi. Kami perhatikan... sejak sekian lama, kepimpinan semasa Turki seolah sengaja meneruskan dasar menyokong Islamisasi negara mereka," agensi berita Tass memetik beliau sebagai berkata.

Sementara itu, Putin turut berkata, sistem pertahanan udara S-400 akan dihantar ke pangkalan udara Russia di Syria, menurut laporan Interfax dan agensi lain. - REUTERS

171 dibaca
Berita Harian X