Ahad, 15 November 2015 | 10:07am

Empat parah bas rempuh belakang treler


EMPAT pelajar dan seorang pemandu parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler di LPT2, dekat Kijal, malam tadi. - Foto Rosli Ilham/Shamsudin Husin

CHUKAI: Tiga pelajar dan seorang pemandu parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 292.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Kijal, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 2.15 pagi, bas persiaran terbabit membawa 54 pelajar dan tujuh guru pengiring Sekolah Menengah Islam Hira Jeram Selangor.

Semua mereka dikatakan dalam perjalanan ke UNISZA untuk satu lawatan sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Semua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supeintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut seksyen 43(1) APJ 1987.

387 dibaca
Berita Harian X