;
Isnin, 9 November 2015 | 8:23pm

Darurat di Maldives mungkin ditarik balik lebih awal


ABDULLA Yameen.

COLOMBO: Menteri Luar Maldives, Dunya Maumoon berkata, darurat yang diisytiharkan oleh Presiden, Abdulla Yameen di negara itu minggu lalu mungkin ditarik balik lebih awal.

Menerusi satu perbualan telefon hari ini dari Male, ibu negara Maldives, beliau berkata maklumat daripada pegawai pertahanan negara itu memberi harapan situasi kecemasan boleh dikaji semula pada hari seterusnya.

"Saya yakin tempoh itu akan kurang daripada satu bulan," kata Maumoon.

Perintah darurat pada Rabu minggu lalu itu hadir susulan insiden bot laju dinaiki Yameen meletup, yang disifatkan pihak berkuasa Maldives sebagai satu cubaan membunuh presiden.

Insiden letupan itu kemudian disusuli dengan laporan penemuan senjata dan bom buatan sendiri dipercayai mensasarkan presiden.

Pengisytiharan darurat itu sekali gus memberi kuasa kepada pasukan keselamatan dan polis untuk menjejak serta menahan suspek. -AP

357 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »