Ahad, 20 September 2015 | 9:28am

Anak lelaki Perdana Menteri UAE meninggal akibat serangan jantung


PARA jemaah ketika menunaikan solat jenazah Sheikh Rashid Mohammad Rashid Al Maktoum, anak kepada Perdana Menteri Emiriah Arab bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum akibat serangan jantung. Foto REUTERS

ABU DHABI: Dubai mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari selepas anak kepada pemerintah Emiriah Arab bersatu (UAE), berusia 33 tahun meninggal dunia, lapor agensi berita rasmi kelmarin.

Sheikh Rashid Mohammad Rashid Al Maktoum, anak kepada Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Sabtu, kata agensi itu lagi.

Solat jenazah akan diadakan selepas Maghrib di Masjid Zabeel. Upacara pengebumian pula diadakan di kawasan perkuburan Umm Hurair di Bur Dubai.

Bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung itu.

Sheikh Rashid adalah anak sulung Sheikh Mohammed. Saudara Rashid, Sheikh Hamdan adalah Putera Mahkota Dubai. - Reuters

59 dibaca
Berita Harian X