Ahad, 13 September 2015 | 6:59pm

Raja Salman arah kenderaan khas disedia bagi jemaah cedera tunai haji


RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud ketika meninjau kawasan kejadian kren tumbang di Masjidilharam. - Foto EPA

MAKKAH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengeluarkan arahan supaya kenderaan khas disediakan bagi membolehkan jemaah yang cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam kelmarin, menunaikan ibadat haji.

Ia diumumkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Hamad Al-Dhuwailea ketika melawat jemaah yang menerima rawatan di hospital di sini, malam tadi.

Dr Hamad berkata, Raja Salman mengarahkan supaya kenderaan Direktorat Hal Ehwal Kesihatan dilengkapi dengan pasukan perubatan terlatih.

Kejadian kren tumbang pada jam 5 petang waktu tempatan itu mengakibatkan 107 maut manakala 238 yang lain cedera termasuk 10 jemaah dari Malaysia. - Saudi Gazette

94 dibaca
Berita Harian X