Ahad, 13 September 2015 | 9:33am

Raja Salman ikrar kenal pasti punca kren tumbang


FOTO Agensi Akhbar Saudi (SPA) menunjukkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud (tengah) memegang tangan seorang jemaah haji yang dirawat di sebuah hospital di Makkah selepas cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam. - Foto AFP

MAKKAH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud berikrar akan mengenal pasti punca insiden kren tumbang yang meragut 107 nyawa di Masjidilharam.

"Kami akan menyiasat semua sebab dan kemudian mengumumkan keputusannya kepada rakyat," kata baginda selepas melawat Masjidilharam.

Raja Salman turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

154 dibaca
Berita Harian X