Ahad, 26 Julai 2015 | 11:42am

Suami isteri antara 4 maut nahas di Subang Jaya

SUBANG JAYA: Empat termasuk sepasang suami isteri maut, manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Kilometer 9.9 Lebuh Raya Elite dari Subang Jaya menghala ke KLIA, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, pemandu Toyota Estima serta tiga lagi maut di tempat kejadian, manakala tiga penumpang yang parah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata empat mangsa yang meninggal dunia berusia antara 25 hingga 27 tahun yang semua mereka berasal dari Banting, Selangor.

118 dibaca
Berita Harian X