Ahad, 26 Julai 2015 | 12:06am
SUASANA di Hospital Bahagia Ulu Kinta. - Foto Muhaizan Yahya
PESAKIT menjalani kehidupan harian di Hospital Bahagia Ulu Kinta. - Foto Muhaizan Yahya
PESAKIT mental yang dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta adalah kategori peringkat ketiga. - Foto Muhaizan Yahya

Pesakit mental boleh sembuh jika dapat rawatan awal


ZALEHA (bukan nama sebenar), 28, seorang guru di sebuah sekolah rendah di utara. Selepas lebih tiga tahun mengajar di sekolah itu, dia mula mengalami perubahan seperti tidak boleh tidur dan malas untuk pergi bekerja.

Zaleha juga mengadu kerap pening kepala dan memohon untuk bercuti tanpa gaji selama enam bulan. Selepas berjumpa dengan pegawai di sebuah klinik kesihatan, kesnya dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan Perak.

Selepas diselidik oleh pakar psikiatri di Tanjung Rambutan, didapati punca sebenar dialami Zaleha sehingga dia tidak boleh tidur dan enggan pergi bekerja sehingga terpaksa memohon  cuti, disebabkan dia mendengar 'suara' yang menyuruhnya supaya jangan pergi bekerja. Perkara itu menyebabkan Zaleha menjadi takut.

Di Hospital Bahagia, Zaleha kemudian mula diberikan rawatan seperti kaunseling dan mengambil ubat-ubatan secara teratur. Selepas tiga bulan menjalani rawatan di hospital itu, Zaleha memberitahu pakar, 'suara' yang selama ini didengar dan menyuruhnya supaya tidak pergi bekerja sudah hilang.

Berkongsi pengalaman beliau merawat pesakit mental, Pengarah dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Rabaiah Mohd Salleh berkata, masalah utama dihadapi orang Asia ialah apabila mereka takut untuk memberitahu masalah sebenar yang dihadapi. 

Beliau berkata, apabila ditanya kepada Zaleha mengapa dia tidak datang awal untuk mendapatkan rawatan, dijawabnya "Saya tidak tahu hendak pergi ke mana... Saya ada berjumpa dengan doktor tetapi tidak beritahu masalah sebenar.

"Oleh sebab itu saya selalu mengingatkan pelawat yang datang ke hospital ini, jika mereka ada ternampak kelakuan pelik atau perubahan mendadak di kalangan ahli keluarga, sanak saudara atau sahabat, supaya mereka cepat-cepat merujuk kepada pakar psikiatri... Saya beritahu mereka kita boleh terima sebagai pesakit luar sebab tidak semua perlu masuk hospital.


PENGARAH Urusan Creative Enterprise Sdn Bhd, Jaafar Taib. - Foto NSTP

"Kita sebenarnya mahu orang menerima rawatan tetapi tidak mereka masuk ke pusat ini kerana tidak mahu keluarga putus silaturahim sebab pesakit kalau dapat rawatan dan makan ubat di rumah pun mereka boleh baik," katanya.

"Masyarakat patut tahu penyakit mental boleh dirawat tetapi tidak boleh disembuhkan. Contohnya kencing manis bila makan ubat simptom itu akan hilang, jika berhenti makan ubat penyakit itu akan datang semula. Penyakit ini kebanyakannya tidak boleh sembuh kecuali jika mendapat rawatan awal... kalau datang cepat boleh sembuh. 

"Satu lagi perkara yang masyarakat kena faham, bukan semua penyakit mental ini merbahaya... mungkin lima peratus saja yang merbahaya itu pun jika mereka tidak makan ubat. Jika pesakit makan ubat ia tidak akan mendatangkan bahaya," katanya.

Menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Rabaiah berkata, pesakit mental yang dibawa ke pusat itu adalah terdiri daripada kategori peringkat ketiga, iaitu membabitkan kes yang memerlukan rawatan yang lebih panjang kerana keadaan mereka lebih serius daripada pesakit mental di hospital biasa.

Dr Rabaiah berkata, pesakit berkenaan dibawa daripada jauh seperti Kuala Lumpur, Selangor hingga ke Perlis. 

Katanya, daripada 1,431 (data terkini) pesakit mental yang ditempatkan di pusat itu, membabitkan 958 penghuni lelaki dan 473 perempuan.

Daripada jumlah itu 189 pesakit ditempatkan di wad kebun, 186 pesakit di wad forensik yang dirujuk oleh mahkamah dan selebihnya di wad lain. 200 pesakit terdiri daripada yang berusia 60 tahun ke atas.


PEMINAT YANG hadir pada majlis pelancaran penerbitan Edisi Khas Majalah Gila-Gila keluaran 777 di Galeri Petronas, KLCC. - Foto Nik Hariff Hassan

"Yang berusia melebihi 60 tahun ini bukan lagi memerlukan rawatan psikiatri tetapi penjagaan dari segala aspek seperti terpaksa dimandikan, diberi makan dan ditukar lampin... Ada juga pesakit yang mendapat rujukan daripada hospital lain.

"Selain itu ada juga pesakit  yang dibawa ke sini secara paksa menggunakan Akta Kesihatan Mental 2001. Ada yang datang secara sukarela, sebab mereka sudah dihantar pulang ke rumah mereka tak selesa berada di rumah, ambil kereta api dan datang balik ke sini.

"Ada juga pesakit sudah sembuh (masih memerlukan makan ubat) tetapi disebabkan keluarga tidak ada atau keluarga tidak boleh menjaga mereka, kami terpaksa mengambil pesakit sebegini... mereka boleh bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Antara penyakit mental dihidapi pesakit di sini terdiri daripada Skizofrenia, Bipolar dan Depresi," katanya.

Ditanya apakah cabaran yang dihadapi beliau ketika mengendalikan pesakit di pusat mental ini, Dr Rabaiah yang sudah berkhidmat sejak tahun 1986 dan dilantik menjadi pengarah pada tahun 2011, berkata pihaknya berdepan  masalah membabitkan ubat-ubatan.

Beliau berkata, sebelum tahun 2000, kebanyakan ubat ubatan yang digunakan di pusat itu boleh menyebabkan kesan sampingan yang agak ketara kepada pesakit, contohnya tangan pesakit akan menggeletar dan mengakibatkan mulut mereka berbuih.


MISHAR pada majlis pelancaran penerbitan Edisi Khas Majalah Gila-Gila keluaran 777 di Galeri Petronas, KLCC. - Foto Nik Hariff Hassan

Bagaimanapun katanya, sejak tahun 2000 dan ke atas ubat ubatan yang dibekalkan kepada pihaknya adalah lebih baik dan kurang mempunyai kesan sampingan, selain mendapat peruntukan yang mencukupi.

Jelasnya lagi, pihak hospital juga kekurangan pakar berkelayakan untuk menguruskan pesakit terutama pesakit mental forensik, sedangkan setiap bulan menerima purata seramai 20 hingga 35 pesakit yang dirujuk oleh mahkamah.

"Banyak masa dihabiskan kepada mereka (pesakit forensik) dan ia membabitkan kerja yang berat... hakim tahu mengenai undang-undang tetapi tidak psikologi. Laporan yang kita berikan banyak membantu mahkamah. 

"Pesakit forensik datang ke sini bukan untuk dipenjarakan tetapi bagi tujuan distabilkan dengan aktiviti yang sediakan... Tuduhan membabitkan pesakit forensik daripada membunuh kadang-kadang kes tiada kad pengenalan juga dibawa ke sini. kita kena kategorikan pesakit ini untuk dimasukkan ke dalam wad secara teratur," katanya.

Dr Rabaiah berkata beliau melihat kesedaran orang ramai mengenai penyakit mental ini sudah meningkat dan semakin ramai pesakit yang datang ke untuk mendapatkan rawatan. Cuma apa yang diharapkan beliau ialah supaya masyarakat terutama keluarga mengambil tindakan cepat dan tidak menunggu sehingga keadaan sudah menjadi tidak terkawal.

Beliau turut berkongsi kisah seorang guru wanita muda yang dihantar suaminya bagi mendapatkan rawatan dan pada masa itu keadaannya seolah-olah 'tidak berfungsi'. Wanita itu pun dihantar untuk menjalani rawatan disebabkan Lembaga Perubatan sudah dalam proses untuk memberhentikannya, malah dia sudah enam bulan tidak pergi bekerja dan tidak boleh berbuat apa-apa kecuali tidur.


KARTUNIS majalah Gila-Gila menurunkan tandatangan pada majalah Gila-Gila Edisi yang ke 777 pada majlis pelancaran di Galeri Petronas, KLCC. - Foto Nik Hariff Hassan

Dr Rabaiah berkata, apabila ditanya mengapa tidak dibawa ke hospital lebih awal, suami pesakit memberikan alasan isterinya masih ada ibu bapa jadi dia tidak boleh mendahulukan mereka dan menghantar ke hospital begitu saja.

"Fikir saya pada masa itu, bila pesakit hendak diberhentikan, baru keluarganya suruh hantar ke doktor... Selepas diberi ubat pesakit tidak sembuh juga dan selepas diperiksa didapati pesakit tidak makan ubat dengan baik. 

"Saya beritahu suami pesakit supaya paksa dia masuk hospital... pesakit menangis tidak mahu masuk tetapi dipaksa juga. Dalam sebulan dia dah boleh keluar selepas kita bagi ubat dan rawatan terapi elektrokonvulsif (ECT) dan mula menunjukkan kemajuan serta boleh bekerja semula," katanya.

Dr Rabaiah juga berharap masyarakat supaya mengubah persepsi dan tidak memandang rendah kepada golongan ini kerana penyakit mental bukan satu pilihan tetapi nasib mereka sudah ditentukan Tuhan. Ujarnya lagi pesakit mental sebaliknya memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga, sanak saudara dan masyarakat sebab keyakinan dan harga diri mereka kurang disebabkan penyakit dihidapi mereka

"Kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka ini sakit... Oleh itu keluarga memainkan peranan yang amat penting untuk membantu. Kadang-kadang pesakit tidak perlu berjumpa dengan psikiatri terus, memadai dengan sesi kaunseling dengan (kaunselor terlebih dulu.

"Mereka perlu dapatkan rawatan awal, makan ubat dan dengar cakap doktor," katanya.

Petugas kendali pesakit di Hospital Bahagia seperti keluarga


KARTUNIS terkenal, Ibrahim Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang. - Foto NSTP

Golongan ini tidak pernah dianggap seperti pesakit malah dilayan dengan cukup istimewa seperti keluarga sendiri. Inilah yang diterapkan Dr Rabaiah kepada pekerja yang ditugaskan menjaga pesakit mental Ulu Kinta, Tanjung Rambutan Perak.

Bagi Dr Rabaiah mereka perlu dilayan seperti adik beradik atau ibu bapa kerana kita tidak tahu suatu hari nanti mungkin kita juga boleh menghidapi penyakit seperti itu. Mungkin faktor ini menyebabkan ramai pesakit yang kembali ke pusat mental itu kerana merasakan layanan yang diberikan di sini tidak sama dengan cara mereka dilayan di luar.

Apa yang mereka rasa dan fikir tidak sama dengan kita dan kita tidak akan dapat memahaminya. Oleh itu tingkah laku dan tindakan mereka tidak sama dengan orang biasa. Kadang-kadang mereka mendiamkan diri, ada pula yang bersikap agresif. Kebijaksanaan pekerja yang ditugaskan menjaga pesakit ini amat kritikal terutama dalam menangani situasi yang sentiasa berubah-ubah.


ANTARA koleksi-koleksi terbaik lukisan komik Gila-Gila pada pameran Lagi-Lagi Gila-Gila di Galeri Petronas, KLCC. - Foto Nik Hariff Hassan

Bagi Pembantu Perawatan Kesihatan, Shairy Abdul Aziz, 59, pekerja yang mengendalikan pesakit mental sepertinya perlu memahami perwatakan dan taktik untuk menangani golongan ini terutama apabila mereka 'membuat perangai'. Oleh itu katanya beliau hendaklah terlebih dahulu mengenal dan melayan pesakit seperti manusia biasa, sama ada sebagai adik beradik, bapa atau rakan sendiri. Ujarnya lagi beliau sentiasa keluar minum dengan pesakit dan berborak bersama-sama mereka untuk mengeratkan lagi hubungan, sekali gus pesakit dapat mengurangkan tekanan dan melupai penyakit mereka.

"Saya kena pandai pujuk dan 'tackle' mereka... kalau ada yang mengamuk saya akan pujuk dengan baik. Pantang larang di sini satu saja iaitu jangan meninggikan suara... Apa kemahuan mereka kita turuti selagi boleh, kalau tidak boleh kita kena pujuk supaya mereka faham.

'Apa yang penting kita jangan pandang sinis penyakit mereka di sini... Tuhan dah jadikan mereka begitu. Sepanjang 40 tahun berkhidmat di sini Alhamdulillah tidak pernah ada kejadian yang tidak diingini," katanya.

Di Hospital Ulu Kinta ini, Shairy ditugaskan menjaga pesakit lelaki di Wad 23 dan 24 iaitu membabitkan kes forensik yang dirujuk oleh mahkamah dan sudah dalam peringkat stabil.

Ditanya mengenai kelakuan pesakit di wad itu, Shairy yang akan menamatkan perkhidmatan lapan bulan lagi, menjelaskan mereka mempunyai perwatakan yang berbeza, ada yang tidak mahu bercakap malah tidak kurang juga bercakap sendiri. Usia pesakit pula di antara 30 dan 70 tahun lebih.

Pesakit forensik dibawa ke sini untuk diletakkan di bawah jagaan hospital kerana mahkamah tidak dapat jatuhkan hukuman dan tidak boleh didakwa kerana tidak waras dan dalam tempoh itu ahli keluarga boleh meminta mereka dikeluarkan dan memohon kepada Sultan untuk diampunkan.


PENGARAH Galeri Petronas, Rosli Abdul Rahim. - Foto Nik Hariff Hassan

Sementara itu Penolong Pegawai Perubatan Zulkiflee Hussain 55, berharap stigma masyarakat bahawa pesakit mental adalah berbahaya, sering menjerit jerit dan tidak boleh dikawal serta sering menimbulkan masalah patut diubah sama sekali.

Hakikatnya menurut Zulkiflee itu adalah situasi yang dilihat masyarakat terhadap pesakit mental di luar sana yang tidak menerima rawatan.

"Ini adalah berbeza dengan pesakit mental yang sudah menerima rawatan dan yang sudah dipulihkan... Mereka macam kita juga boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang ramai.

"Kalau pesakit yang sudah dirawat berjumpa dengan orang ramai, orang tidak akan perasan pun mereka adalah pesakit mental... Pesakit boleh dipulihkan tetapi untuk mengubah stigma masyarakat mengambil masa yang lama.

Zulkiflee bagaimanapun berkata, masyarakat tidak boleh disalahkan juga kerana ada yang kurang berpengetahuan terhadap penyakit ini. sehubungan itu beliau berharap supaya media dapat memainkan peranan dengan memberikan maklumat kepada masyarakat berhubung isu penyakit mental dan tugas dijalankan pegawai serta anggota di pusat mental seperti Hospital Bahagia Ulu Kinta, seterusnya dapat mengubah tanggapan serong sesetengah pihak di luar sana.

284 dibaca
Berita Harian X