Selasa, 14 April 2015 | 12:39am

Saingan sengit HKM 2014


DATUK Chamil Wariya (tengah) selaku Pengerusi Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2015 bergambar bersama penaja-penaja pada Majlis Penyerahan Sumbangan sempena MWM 2015 di sini hari ini. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2014 (HKM 2014) menyaksikan persaingan sengit daripada 409 wartawan dengan 892 karya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya berkata MPI menerima hasil karya yang berkualiti dan kreatif daripada peserta.

"Bagi kategori media elektronik, media cetak dan foto, para hakim mendapati kesukaran bagi mereka untuk memilih pemenang dan kalau pemenang pun, perbezaan markah itu satu atau dua markah sahaja.

"Bagi saya, ini menggambarkan bahawa sejak HKM diadakan terdapat peningkatan yang ketara, dalam bidang penulisan kewartawanan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Malam Wartawan Malaysia 2015 (MWM 2015) di sini, semalam.

Sebanyak 54 organisasi menyumbang sebanyak RM417,000 untuk MWM 2015.

Katanya penyertaan HKM 2014 menyaksikan meningkatan sebanyak 40 peratus berbanding tahun sebelumnya. - BERNAMA

65 dibaca
Berita Harian X