Rabu, 1 April 2015 | 9:08pm

Mitsubishi umum harga baharu kenderaan

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors yang juga pengedar rasmi kenderaan itu di Malaysia, mengumumkan harga baharu kenderaannya yang dikurangkan antara RM200 hingga RM2,000 seunit selaras pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu menyatakan harga baharu itu merangkumi semua model kereta dipasang siap sepenuhnya (CBU) dan komponen terurai (CKD).

"Harga baharu bagi model Mirage GS adalah RM63,740 iaitu kurang RM200 berbanding harga asal RM63,940.

"Bagi Pajero, harga baharunya dikurangkan RM2,000 iaitu RM289,177 berbanding RM291,177 sebelum ini.

"Semua harga ini termasuk caj GST sebanyak enam peratus dan harga atas jalan ini adalah tanpa insurans," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

37 dibaca
Berita Harian X