Rabu, 1 April 2015 | 12:07am
LANA Nodin, finalis Festival Filem Malaysia ke-25. - Fot o Surianie Mohd Hanif
PENAMPILAN seksi Lana Nodin sentiasa menjadi perhatian peminatnya. - Foto Surianie Mohd Hanif
KEAKRABAN di antara Lisdawati dan Lana Nodin cukup terserlah.
LISDAWATI dan Lana Nodin menunaikan umrah tahun lalu.
PELAKON, Lisdawati
LANA Nodin diketahui rakan artis lain mempunyai hubungan yang akrab dengan pelakon, Lisdawati. - Foto Surianie Mohd Hanif

Lana Nodin dapat nasihat Lisdawati soal kahwin


KUALA LUMPUR: Di kalangan rakan artis, Lisdawati memang diketahui cukup akrab dengan Lana Nodin.

Ibaratnya Lisdawati ialah Best Friend Forever (BFF) kepada Lana. Mereka juga pernah menunaikan umrah bersama-sama tahun lalu.

Jadi tidak pelik berita mengenai perkahwinan Lana dengan bakal suaminya, David McKienzie pada 15 Mei yang baru-baru ini diumumkan pasangan itu, Lisdawati semestinya menjadi antara orang pertama yang dimaklumkan Lana.


LISDAWATI dan Lana Nodin ketika menunaikan umrah.

Kepada BH Online, isteri kepada aktor Fauzi Nawawi itu berkongsi cerita dengan Lana yang dikenalinya sejak 2012 ketika sama-sama membintangi drama Takdir Qismah yang pernah disiarkan di TV3 menerusi slot Azalea.

"Saya rasa memang sayalah orang pertama yang tahu kisah percintaan dan hasratnya nak berkahwin. Selama ini kisah peribadinya yang jauh ke yang dalam, pasti dia akan kongsi. Dia akan beri amaran supaya saya tak cakap kepada sesiapapun.


PELAKON, Lisdawati

"Selalunya juga dia akan ajak saya berbincang dan minta pendapat. Saya pula akan saran begitu dan begini.

"Memandangkan pasangan dia pun okey orangnya. Kenapa perlu tunggu lama untuk membina masjid. Benda yang baik harus disegerakan," katanya yang mengetahui berita gembira itu sejak sebulan lalu.

Menurut Lisdawati, dia menyifatkan Daud sebagai lelaki yang serius mahu berumah tangga. Bahkan sepanjang perkenalannya dengan Lana, wanita yang pernah mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu Daud dapat menerima Lana seadanya.


PELAKON, Lisdawati

Daud memeluk Islam pada 5 Disember tahun lalu dan sudah terlebih dahulu memahami serta mengetahui mengenai agama Islam kerana pernah menetap di Abu Dhabi dan Kuwait untuk tempoh yang lama.

"Kesediaan Daud nak memeluk agama bukan kerana Lana. Lana umpama suntikan yang menguatkan isi hatinya untuk terus mendekati Islam. Saya pernah tanya kepada seorang ustaz, jika cinta itu boleh menyemarakkan niat dan semangat untuk memeluk Islam bererti Lana berjaya meyakinkan Daud untuk memeluk agama kita.

"Saya dapat tahu Daud suka wanita bertudung sebenarnya. Siapa tahu Lana akan ke arah itu dengan kesediaan hatinya tanpa dipaksa sesiapa. Insya-Allah sebagai kawan baik, saya mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan mereka. Semoga kekal hingga ke jannah," katanya.


PELAKON, Lisdawati

Diaju mengenai persahabatan mereka, kedua-duanya dilihat berbeza aliran tetapi saling melengkapi antara satu sama lain dan itu antara alasan yang diakui Lisdawati kenapa mereka boleh terus rapat.

"Satu sikap yang saya puji ialah dia jenis tak suka bercakap fasal orang lain. Dia selalunya akan cakap mengenai dirinya sahaja. Orang yang nak kawan dengannya harus faham dia. Sebagai kawan yang baik kita juga berhak menegur kawan sendiri tapi dengan cara berhemah.


BIARPUN pelbagai kontroversi melanda Lana Nodin, namanya terus utuh dalam industri seni negara.- Foto Surianie Mohd Hanif

"Mungkin orang nampak saya serius dan dia jenis gila-gila. Dia pun ada hati nak bahagia dan keinginan untuk berumah tangga. Cuma ketika itu belum sampai jodoh dan Alhamdulillah kini jodoh kian mendekatinya bersama Daud.

"Saya pun ada masa boleh jadi gila-gila. Paling penting dia jenis yang menghormati saya. Kalau saya dengan keluarga, masa itu tidak akan diganggunya. Selalunya kalau saya sibuk, memang dia takkan kacau. Saya ini sebenarnya susah nak ada kawan baik," katanya.

573 dibaca
Berita Harian X