;
Khamis, 5 March 2015 | 12:17am
AKSI penunggang wanita yang menunggang motosikal berkuasa tinggi di trek pada Hari Penunggang Wanita anjuran SIC membabitkan 22 orang di Sepang. - Foto Aziah Azmee
AKSI penunggang wanita yang menunggang motosikal berkuasa tinggi di trek pada Hari Penunggang Wanita anjuran SIC membabitkan 22 orang di Sepang. - Foto Aziah Azmee
PENUNGGANG wanita pada Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee
AKSI penunggang wanita di litar Sepang. - Foto Aziah Azmee
PENUNGGANG wanita, Zailah Said pada Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee
ANTARA penunggang motosikal berkuasa tinggi di Sepang. - Foto Aziah Azmee
ANTARA penunggang wanita yang hadir sempena Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee
PENUNGGANG wanita yang menunggang motosikal berkuasa tinggi di trek pada Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee
ANTARA penunggang wanita yang hadir sempena Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee
AKSI penunggang wanita di litar Sepang. - Foto Aziah Azmee
ANTARA penunggang motosikal berkuasa tinggi di Sepang. - Foto Aziah Azmee

Ratu litar Sepang


ANTARA penunggang motosikal daripada Kelab Pemilik Ducati Wanita Malaysia (Desmodonna Malaysia) dan Kawasaki Lady Bikers. - Foto Aziah Azmee


ANTARA penunggang motosikal berkuasa tinggi di Sepang. - Foto Aziah Azmee

JIKA sudah namanya wanita, kehadirannya kerap menjadi perhatian. Apatah lagi jika mereka memiliki personaliti menarik, feminin dan mempunyai kebolehan luar biasa.

Misalnya, 22 penunggang motosikal daripada Kelab Pemilik Ducati Wanita Malaysia (Desmodonna Malaysia) dan Kawasaki Lady Bikers masing-masing tampil anggun dengan wajah dihiasi mekap, dandanan rambut dan gaya tudung terkini.

Ciri-ciri feminin itu tetap terserlah meskipun kehadiran kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di atas pelawaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk mencuba aktiviti perlumbaan di situ.

Diberikan taklimat keselamatan

Matlamatnya untuk memberi pengalaman menunggang motosikal di litar sebenar yang jauh berbeza daripada keadaan di jalan raya biasa yang berkongsi laluan dengan kenderaan lain.

Detik itu memberikan pengalaman manis kepada wanita yang baru berjinak dengan dunia permotoran, selain menggalakkan interaksi dalam kalangan peserta.

Pengurus Operasi Sukan SIC, Fazli Mukhtar Affandi yang mengetuai taklimat keselamatan berkata, penunggang perlu fokus dengan petunjuk arah dan bendera bagi memastikan mereka tidak melanggar peraturan.

"Menunggang di litar tidak seperti jalan raya kerana trek dibina selari dan penunggang tidak boleh memotong barisan sesuka hati meskipun mereka diberikan peluang merasai mood berlumba.

"Setiap pengunjung di sini diberi penerangan mengenai selok-belok litar dan prosedur kecemasan serta perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di sini," katanya.

Beliau berkata, semua itu penting kerana sesetengah penunggang memang belum pernah merasai pengalaman menunggang di litar lumba yang mempunyai cabaran berbeza berbanding di lebuh raya atau jalan raya.

"Sebelum menunggang motosikal, kita berikan taklimat kerana trek ini ada banyak selekoh tajam dan pemanduan lebih 160 kilometer sejam," katanya.


PENUNGGANG wanita, Nur Alis Aidil Akhbar. - Foto Aziah Azmee

Beri pengalaman luar biasa

Perhimpunan penunggang wanita itu memeriahkan litar lumba berkenaan kerana kebanyakan mereka tampil dengan wajah dihiasi mekap biarpun mengenakan sut perlumbaan motosikal.

Presiden Desmodonna Malaysia, Nurul Alis Aidil Akhbar, 40, berkata menunggang motosikal berkuasa tinggi bukan sesuatu yang mudah kerana banyak aspek perlu dititikberatkan.

"Motosikal berkuasa tinggi lebih berat, memerlukan kemahiran dari segi penyelenggaraan dan penunggang perlu menguasai teknik tunggangan yang betul kerana terdedah kepada risiko bahaya.

"Bayangkan, di litar kelajuan mencapai hampir 180 kilometer sejam dan memerlukan tumpuan kerana jantung kita berdenyut kencang, memerlukan kemahiran mengambil selekoh dan perlu berwaspada dengan penunggang lain," katanya.

Beliau yang juga penyampai televisyen bebas, berkata menunggang di litar, sangat menyeronokkan kerana motosikal boleh dibawa dengan kelajuan maksimum, laluan selamat dan penuh ciri-ciri keselamatan.

"Memang seronok menunggang di litar, apatah lagi ini trek antarabangsa dan kami diajar teknik tunggangan selamat, semangat berpasukan dan merasai pengalaman seperti pelumba profesional," katanya.


PENUNGGANG wanita berhimpun sempena Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee

Utamakan keselamatan

Beliau yang mesra disapa Kiki, sentiasa menerapkan ciri keselamatan sebelum menunggang bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini, selain berwaspada dengan apa saja situasi.

"Saya sendiri walaupun mahu menunggang ke suatu jarak yang dekat, saya akan memakai but keselamatan, jaket kulit dan topi keledar supaya jika terbabit kecelakaan, tubuh saya tidak tercedera.

"Jangan sesekali memakai kasut bertumit tinggi kerana sebagai penunggang, kita perlu menyeimbangkan tubuh, kerana motosikal ini berat dan tidak stabil," katanya yang memiliki empat motosikal, antaranya Ducati Diavel, BMW dan Vespa.

Hobi mengendalikan motosikal berkuasa tinggi bukan lagi dikuasai lelaki, tetapi ramai wanita Malaysia mula berjinak-jinak dengan kelab motosikal seperti Desmodonna Malaysia dan Kawasaki Lady Bikers.

"Dengan adanya kelab sebegini, kita boleh bertukar idea dan melakukan aktiviti bersama, selain mengumpulkan peminat wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang atau kerjaya.

"Tujuannya adalah bagi mendidik penunggang wanita mengenai keselamatan, selain menyerlahkan gaya tersendiri yang menjadi tunjang kehebatan jenama motosikal," katanya.


PENUNGGANG wanita, Nik Nurul Amira Nik Zuhailan. - Foto Aziah Azmee

Peserta termuda

Penuntut kolej swasta di Cyberjaya, Nik Nurul Amira Nik Zuhailan, 22, berkata kehadirannya sebagai peserta paling muda tidak mematahkan semangat untuk merasai pengalaman di litar lumba.

Beliau yang menunggang Kawasaki ZX10R, mengakui minat terhadap motosikal berkuasa tinggi bercambah daripada ayah dan menjadi hobi mereka berdua.

"Saya masih belajar, tidak boleh selalu menyertai konvoi, memasuki litar perlumbaan dan perlu membahagikan masa sebaiknya.

"Itu adalah syarat keluarga supaya saya tidak hilang fokus kepada pelajaran. Ini kali pertama saya memasuki litar, saya cukup teruja," katanya yang menetap di Hulu Langat.

Setakat ini, Nik Nurul Amira mengikuti konvoi motosikal ke Pantai Pathong dan Hat Yai, Thailand sejak mula berjinak dengan motosikal ekstrem itu, dua tahun lalu.


GELAGAT penunggang yang hadir pada Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee

Aktiviti beri kepuasan

Tiada istilah takut, bahaya atau gentar kerana menunggang motosikal besar adalah hobi dan mampu menenangkan diri, diakui ibu kepada lima cahaya mata, Nor Hafizah Libon, 36.

"Menunggang motosikal berkuasa tinggi memang memberi kepuasan. Tidak kira penunggang lelaki atau wanita, keduanya mesti saling menghormati dan menjangkakan segala kemungkinan kerana motosikal tidak sama dengan kenderaan lain," katanya yang bekerja sebagai eksekutif swasta.

Nor Hafizah berkata, aktiviti ini memberi peluang berkongsi pengalaman dan tidak bersikap pentingkan diri.

"Wanita juga perlu mengambil tahu mengenai penyelenggaraan motosikal dan menjaga komponennya seperti tayar, rantai, mentol lampu serta brek sentiasa dalam keadaan baik.

"Pengetahuan ini sangat membantu untuk pemanduan yang lebih meyakinkan," katanya yang menetap di Shah Alam.


PENUNGGANG wanita, Illyaquila Fateen Ismail (kanan) pada Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee

Tetap feminin

Gadis manis dari Kelana Jaya, Illyaquila Fateen Ismail, 26, berkata tidak menjadi halangan wanita feminin untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi asalkan ada minat.

"Saya banyak belajar mengenai jentera daripada rakan lelaki dan mula mengambil tahu cara penyelenggaraan asas yang sebenarnya tidak terlalu rumit.

"Saya gemar mengubah suai motosikal supaya kelihatan lebih ranggi, feminin dan menampakkan imej kewanitaan," katanya.

Mengenai tanggapan sebagai minah motor, Illyaquila Fateen tidak kisah kerana memiliki motosikal berkuasa tinggi adalah impiannya sejak kecil dan beliau berusaha keras untuk mendapatkannya.


PENUNGGANG wanita (dari kiri) Zailah Said, Nor Hafizah Libon dan Siti Fadhilah Mohd Yusop. - Foto Aziah Azmee


AKSI penunggang wanita di litar Sepang. - Foto Aziah Azmee

INFO

Litar Sepang Antarabangsa

* Litar untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain.

* Litar ini terletak berdekatan dengan KLIA dan 60 kilometer di selatan ibu kota Kuala Lumpur.

* Litar utama, biasanya digunakan mengikut arah jam, ialah 5,54 kilometer panjang dan mempunyai sudut menyapu dan jalan lurus yang luas.

* Susunan litar ini agak luar biasa. Litar ini mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit dan diikuti oleh satu belokan yang amat tajam.

* Litar ini mempunyai litar untuk perlumbaan go-kart dan motocross.


PENUNGGANG wanita, Zailah Said pada Hari Penunggang Wanita anjuran SIC di Sepang. - Foto Aziah Azmee


PELUMBA Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin (tengah) bersama penunggang wanita di Sepang. - Foto Aziah Azmee

INFO

Kelab Pemilik Ducati Wanita Malaysia (Desmodonna Malaysia)

* Menghimpunkan pemilik motosikal Ducati bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

* Melakukan aktiviti berkumpulan dan mengumpulkan peminat motosikal jenama berkenaan dari seluruh negara tanpa mengira latar belakang pekerjaan.

* Pertubuhan bukan berkepentingan bagi memberi tumpuan untuk mendidik penunggang wanita mengenai keselamatan selain menyerlahkan kehebatan jenama Ducati.

* Ditubuhkan sempena sambutan ulang tahun ke-10 jenama itu di Malaysia selain memeriahkan sambutan Minggu Asia Ducati 2014.

* Kelab yang ditubuhkan untuk mengeratkan jaringan hubungan antara penunggang motosikal wanita di seluruh negara.

* Permulaan Desmodonna Malaysia mempunyai 24 ahli berdaftar.

* Presidennya, Nurul Alis Aidil Akhbar yang juga selebriti popular.

342 dibaca
Berita Harian X