Rabu, 25 Februari 2015 | 4:54pm

Jenazah Siarah Fitri selamat dikebumi

KENINGAU: Sairah Fitri Tifanus, 20, yang mati dipercayai dibunuh dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau kelmarin, selamat dikebumikan tengah hari tadi.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kampung Kauran, Batu 27 di sini, pada kira-kira jam 1 tengah hari.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu apabila ibu bapa mangsa dilihat menitiskan air mata ketika pengebumian mangsa.

Terdahulu jenazah Sairan Fitri disembahyangkan di Masjid Ar Rahman di pekan Keningau.

Sairah Fitri yang menjalani latihan industri di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak bulan lalu, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dalam tandas di tingkat dua bangunan berkenaan pada kira-kira jam 8.30 pagi, Isnin lalu.

Polis mengesahkan mangsa yang berasal dari Kampung Durok di sini, mati akibat dibunuh berdasarkan dua kesan tikaman di bahagian tulang rusuk mangsa serta beberapa kesan kecederaan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk merakamkan keterangan beberapa lagi individu bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Ibu Sairah, Faridah Durahman 50, tidak dapat menahan sebak di pusara anaknya.

28 dibaca
Berita Harian X