Ahad, 16 Julai 2017 | 5:59pm

Pelakon sado suka parti liar

MELIHAT perwatakan pelakon lelaki ini, tidak sangka sikap buruknya sedemikian rupa. Dia bukan lelaki sejati walaupun bertubuh sado.

Patutlah nampak sangat perubahan kepada penampilannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sayangnya...

Seorang teman membisikkan kepada Raja, pelakon lelaki ini suka parti liar dan menjalin hubungan songsang. Ini bukan cerita rekaan atau fitnah, tetapi sudah ada rakan artis yang lari tidak cukup tanah apabila hampir terjebak dengan parti liar itu.

Melihat pelakon itu yang sudah jauh terpesong, si teman artis itu cuba menjauhkan diri.

Khabarnya, pelakon berkenaan suka mengadakan parti liar di rumah, jadi orang luar tidak tahu kegiatannya itu. Hanya teman baik yang selalu berparti dengannya saja yang tahu, jadi tidaklah pecah tembelang. Mereka mempunyai keinginan dan nafsu yang sama dengan artis berkenaan. Astaghfirullah!

Bagaimanapun, Raja percaya sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Suatu hari, kegiatan peliknya itu akan terbongkar. Jangan sampai terpampang di muka depan akhbar sudah!

RAJA: Apa berlaku kepada rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil apabila menyambut 1 Syawal berasingan? Doakan saja yang terbaik buat mereka...

928 dibaca
Berita Harian X