Ahad, 16 Julai 2017 | 9:11am

Rodgers kekal pendahulu golf John Deere Classic


AKSI Patrick Rodgers ketika membuat pukulan di lubang ke 13 pada pusingan ketiga Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) John Deere Classic di Silvis, Illinois. - Foto AFP

CHICAGO: Patrick Rodgers mencatat tiga di bawah par 68 untuk kekal dengan kelebihan dua pukulan golf Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) John Deere Classic di Silvis, Illinois menjelang pusingan akhir esok.

Dia merakamkan lima birdie dan dua bogey untuk mencatat keseluruhan 54 lubang 16 di bawah 197, dua kelebihan di depan pemain AS, Daniel Berger dan Scott Stallings.

Berger melonjak ke carta pendahulu dengan lapan di bawah 63 termasuk sembilan birdie yang dicatatkannya.

Stalling cemerlang apabila tidak melakukan bogey dengan catatan 64 termasuk lima birdie dan satu eagle bagi menyertai Berger dengan 199.

Rodgers yang mendahului kejohanan dengan tujuh di bawah 64, kelmarin melakukan birdie kedua dan ketujuh di pusingan ketiga.

Dia melakukan birdie berturut-turut di lubang ke-10 dan ke-11 dan menambah satu lagi pukulan di lubang ke-14 sebelum bogey di lubang ke-15.

Jika berjaya meraih gelaran juara kali ini, dia akan mendapat tiket untuk beraksi pada Terbuka British di Royal Birkdale.

"Ini adalah lapangan yang menarik untuk bermain sebagai pendahulu. 16 di bawah par masih belum cukup untuk saya muncul juara.

"Jadi, saya perlu keluar dan melakukan lebih banyak birdie. Ia sesuatu yang positif untuk saya mempunyai pemikiran seperti ini," katanya. - AFP

Keputusan:

197 - Patrick Rodgers 65-64-68

199 - Daniel Berger 69-67-63, Scott Stallings 71-64-64

200 - Nicholas Lindheim 68-66-66

201 - Jamie Lovemark 68-67-66, J J Henry 69-64-68, Bryson DeChambeau 66-65-70

202 - Vaughn Taylor 69-68-65, Brian Campbell 69-67-66, Rick Lamb 69-70-63, Trey Mullinax 66-70-66, Rory Sabbatini (RSA) 65-70-67, Jonathan Byrd 70-65-67, Kevin Tway 70-63-69, Chesson Hadley 69-64-69, Charles Howell 63-69-70, Zach Johnson 65-67-70

203 - Richy Werenski 70-67-66, Ben Martin 70-67-66, Ollie Schniederjans 63-74-66, Kevin Streelman 67-69-67, Lucas Glover 71-68-64, Stuart Appleby (AUS) 73-66-64, Troy Merritt 69-66-68, Chad Campbell 65-68-70, Brian Harman 70-70-63

65 dibaca
Berita Harian X